RASA ITU IDAK SELESA

Posted: Monday, October 25, 2010 by soulmate in Labels:

"KEINDAHAN YANG HAKIKI DATANG NYA DARI HATI YANG IKHLAS, BUKAN DARI PANDANGAN SESEORANG"

Rupa gua yang sememangnya buruk, bertambah-tambah buruk bila gua marah dan geram.
Kekawan selalu gak komplain pasal habitat gua ni yang memang cukup susah untuk marah & tak serius dalam banyak perkara... yang gua tahu Gelak! Menangis? Jauh sama sekali, kira cukup bertuah lah sape yang leh tengok gua nangis... Kalau marah pn tak sampai 1 hari, pas gua tido, mimpi best bangun pagi sume tu ilang bersama ilangnya hari semalam (sebelumnya) Tapi;

Gua sangat sangat marah hari ni, Gua hampir hampir hilang kewarasan, rasa geram yang teramat sangat.
kerna gua ini manusia, faham tak, Gua m.a.n.u.s.i.a yang biasa, yang normal, ada rasa marah, rasa geram. Oleh yang demikian juga, kesabaran gua ada hadnya.

Bila mana Gua rasa tidak mampu menahan geram, Gua beredar dari kawasan yang mengundang kemarahan Gua itu, menjauhi kawasan yang adanya orang orang yang buat Gua marah dan buat hati Gua sakit.

Gua sensitif ? Gua cepat terasa? Gua panas baran? katakanlah apa sahaja bai... Bila mana ada manusia manusia yang pentingkan diri sendiri, hati gua cepat sahaja mahu mengelaknya. tapi kenyataannya siapa yang tidak penting kan diri sendiri, Gua sendiri pun pentingkan diri sendiri, tapi agak agaklah, fikirkanlah tentang diri orang lain. kalau orang lain pandai pula kita nak kritik, salah ni lah, tak hormat orang lah, kerek lah, tak faham orang lainlah,seribu sejuta alasan yang boleh kita cari daripada orang lain. tapi kalau kita sendiri buat perangai macam tu, boleh pula tak tahu, boleh pula dengan rasa tidak bersalah masih berlagak-lagak.

Tahniah dan syabas... hari ini lu bukakan mata Gua seluas-luasnya, bahawa manusia ini memang sebegitu, kesalahan orang lain yang sekecil kuman boleh nampak, tapi bangkai gajah yang terlekat di kaki kita sendiri, yang kita usung ke sana ke mari tidak pula kita nampak. oh... Gua kaitkan gajah dan kuman yang tidak berdosa pula dalam amarah Gua ini. Maaf kan Gua!

Tidak perlu Gua ceritakan apa yang berlaku, mungkin Gua selalu pendamkan sahaja rasa marah dan ketidakpuasan hati gua, dan hari ini dia hampir meletup,walau lahar lahar nya sudah membuak keluar. Gua masih waras, kalau Gua hilang kewarasan, Gua tak tahu apa yang buruk akan terjadi.

Gua masih sedar, masih mampu beristifar, Gua dah terlalu kerap berjumpa dengan orang orang yang sombong dengan kebolehan sedikit yang Tuhan bagi, mencanang-canang kebolehan, berlagak dengan sedikit ilmu yang ada. Lu harap gua akan memuji, lu silap, berasa kagum dengan Lu? Lagi lu silap, Gua hanya memandang sinis perlakuan lu yang menjengkilkan itu.Najis!

Gua sedar gua bukannya baik pun, bukan sempurna mana pn, tapi sekurang kurangnya gua tahu had-hadnya. Tahu utk menjaga hati orang walau pun sedikit sebanyak.Ya, mungkin gua tidak punya kebolehan seperti lu untuk gua berlagak-lagak dan menunjuk-nunjuk, siapa tahu kalau gua ada kebolehan pun, mungkin gua akan berlagak juga, siapa tahu kan? (Tapi tak kot...Insya'Allah)

Gua menulis ni di saat gua kembali tenang, kalaulah gua menulis tatkala gua masih marah dan geram, mungkin banyak lagi benda merapu raban yang gua tulis.Silap-silap mencarut (OOoo.. pocot!)

Gua juga sudah naik bosan, dengan keluh kesah lu yang mengatakan lu konon sibuk, lu banyak benda nk diuruskan, lu punya banyak masalah, dan terus terusan mengatakan Gua tidak faham. Oi ! siapa yang hidup dalam dunia ni tidak ada masalah? siapa yang di dunia ini yang tidak sibuk? kerja sampai mati pun tak akan habis, Lu tau tak? Gua sendiri pun lagilah banyak masaalah dan perkara yang nak diselesaikan.Lagi banyak benda nak pikir! kita sama sama fahamlah. ini tidak, bercakap macam lu seorang yang ada masalah, lu seorang yang tahu erti sibuk, lu seorang yang ada kerja? lu sorang je yang betul! yang perfect!

ya Allah, Gua dah cuba sedaya upaya menahan kemarahan gua dari merebak lebih besar. Gua berlawan dengan rasa marah Gua sehingga air mata Gua mengalir laju tidak dapat ditahan-tahan lagi. Maka berderai lah ego AMBO, roboh benteng gua selama ni, hati disakiti oleh insan yang selama ini tak ambo sangka! AMBO benci situasi sebegini.
Ah... macam pondan ah lu! Sikit2 nk nangis...

Entry ini bukan entry dari seorang kekasih buat kekasihnya, pakwe/Makwe? huh... jauh sekali.Tapi luahan hati yang cukup terguris!

Entry ini khas buat mereka mereka yang telah buat gua marah dan geram yang teramat hari ini. walau apapun, Gua telah maafkan segala kesalahan lu, apa apa sajalah, kerana gua malas untuk memikirkan.. PENAT SIOT! masalah gua sendiri pun tidak selesai, beban semakin berat, dan gua anggap semua ini seperti angin semilir yang hua rasa sebentar dan telah berlalu pergi.
terima kasih.

"CAN FORGIVE BUT CANNOT FORGET!" -Maybe itu pengajaran bagi orang yang memandang nilai sebuah 'Kemaafan' begitu murah untuk dituntut..

istighfar...
Fuh... lega skit...

Iklan Best Pasal Rokok

Posted: Friday, October 15, 2010 by soulmate in Labels:

Salam...

Hari nih nak citer pasal rokok, walau pun aku tak hisap rokok, heee.. masa kecik pernah kebas rokok abah aku 1 batang,giler nak mati doh kena tibai ngan mak aku,(nak mati? silap-silap kena bunuh ngan mak aku)tapi isu rokok ni tetap menjadi antara isu hangat yang tak pernah padam, sejak dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah info yang kita dapat majoriti adalah negetif, cuma ada lah skit kebaikan merokok ni...antaranya:

1) Leh meriahkan lagi icu, sebab icu nih jarang penuh
2) Bagi menambahkan pendapatan kat penggali kubur/pengurus jenazah
3) Mengkayakankan lagi pengusaha tembakau...

kat atas tu apa yang ambo sempat pk je la rasanya banyak lagi kot...

Hmm.. kat Malaysia tercinta nih iklan merokok setakat tangkap muat jer, setakat "TAK NAK" rasaya tak bagi apa-apa impact sgt pn,cuma ada lah iklan yang terbaru kes jururawat dgn 3 kisah pesakit perokok tegar,tersentuh jugak lah sape yang tengok,tahniah pada pengarah iklan tu.Gambar kat kotak rokok pn impact nye hanya mula-mula kemudian ada plak org yang IQ tinggi dalam business cipta case utk tutup gambar kat kotak tu... laku plak tu.. tapi aku tgk iklan kat negara luar lebih agresif dari iklan kita, maybe Malaysia dah leh mula practice tayang iklan ni...


Edisi Lepas Geram

Posted: Tuesday, October 5, 2010 by soulmate in Labels:

Ini adalah entry khas aku nak lepas geram, adakah bulan ini bulan yang leh wat banyak orang geram? Geram ni banyak sebab, sebab suka pun ada sebab marah pn leh jadi, tapi apa yang jadi kat aku geram sebab marah! Aku tengah marah ni GGgggrrr...

Bila aku marah ni haram lah aku nak buat keje... nak plak aku geram sebab office mate, hmmm... lagi aku tak ada mood nak wat keje! Sebab geram hari nih aku nak enjoy! (tak geram pn enjoy gak muhehe..)

Jap lagi aku ajak ajak kawan aku g release tensen (atas ugutan kalau dia tak nak teman aku tak nak settle hutang dia hehe.. hampagas tul!)buwahahahaha... gelak ahli sihir

Allah Sembunyikan 6 Perkara

Posted: Thursday, September 30, 2010 by soulmate in Labels:

SALAM...

Aku dapat e-mail ni dari seorang kawan lama, memang lama tak jumpa dekat 10 tahun, dia telah berjaya jejak aku dalam facebook... hmmm... itu lah berpisah semasa hidup lebih baik dari berpisah semasa mati, sekurang-kurangnya kita berharap untuk berjumpa lagi... dan email pertama dia untuk aku memang banyak manfaatnya,tergerak hati nak kongsi entry ni...baca je lah senang citer..heeeeee...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Waallahualam..

Fakta Atau Auta

Posted: Thursday, September 23, 2010 by soulmate in Labels:

MEH KITA MAIN GAME 12 TANDA-TANDA KITA DILAMUN CINTA Muhehehe...


DUA BELAS:
Anda selalu bergayut dengan si dia sehingga larut malam dan apabila anda tidur anda masih fikir akan dia.

SEBELAS:
Anda sebenarnya berjalan dengan perlahan apabila anda dengannya.

SEPULUH:
Anda tidak merasa Ok apabila si dia berjauhan.

SEMBILAN:
Anda tersenyum apabila anda mendengar suara si dia.

LAPAN:
Apabila anda melihat kepada si dia,anda tidak nampak orang lain sekitar anda. Anda melihat hanya si dia..

ENAM:
Si dia adalah segala-galanya anda hendak memikirkan.

LIMA:
Anda menyedari yang anda tersenyum setiap masa anda melihat kepada si dia.

EMPAT:
Anda akan melakukan sesuatu untuk berjumpa si dia.

TIGA:
Manakala anda semasa membaca ini, terdapat seseorang dalam fikiran anda sepanjang masa.

DUA:
Anda telah begitu sibuk memikirkan si dia sehingga anda tidak perasan yang no TUJUH adalah tiada.

SATU:
Anda akan memeriksa semula di atas jika yang adalah benar dan kini anda akan tersenyum sendiri..

Malas Tahap Cipan

Posted: Sunday, September 19, 2010 by soulmate in Labels:

Saat-saat paling susah sekali dalam konflik dalaman bagi aku adalah nak mulakan tugas atau kerja lepas cuti panjang, nak plak cuti raya... alamak... seksa tul,masa bangun pagi tadi dalam kelapa otak ni dok pikir alangkah indahnya kalau hari ni baru sambut raya, Tapi nak wat macam mana terpaksa la gagahkan jugak hati dan jasad yang dah memang tak gagah mana pun... (liat tul lah...) ada sape2 nk bagi muntah badang tak utk aku jdik kuat balik? Heeee... untuk terima kenyataan yang hakikatnya hari ni kena kerja and raya dah lepas.Pas mandi pening kepala lak nak pakai baju apa... langut punya langut hmmm... amik je lah yang mana ok lagi pn raya ari tu dah raya sakan pun... pas sarapan trus drive dtg ofis... hmmm... tengok lak meja yang ntahapahapa... lagi tak ada mood nak kerja... tapi terpaksa la jugak kutip sisa-sisa semangat yang masih ada ni... pengang pen tak kena... buka laci tak kena... kat mana harus aku start kerje aku ni? Waaaa... tulun... Nasib baik ada blog leh gak jadi semangat skit...

Salam Lepas Raya

Posted: Wednesday, September 15, 2010 by soulmate in Labels:

Hehe... bahang raya pun dah makin surut, sekarang sume dah start keje smula, dah start balik dari kampung ke bandar... kembali kepada fitrah, kini Hari raya kian berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan Almubarak, tapi Allah itu maha adil, bagi sape yang rasa tak cukup lagi utk menghambakan diri memungut bonus pahala dibulan Ramadhan, masih ada lagi peluang yang kita boleh rebut dibulan Syawal. Puasa 6 hari di bulan Syawal yeah...atau biasa kita sebut puasa 6 la... banyak dalil2 yang menyatakan puasa 6 hari dibulan Syawal ni banyak fadhilat nya :

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Andai ada kesempatan meh kita pakat rebut peluang ni... sambil-sambil berdiet lepas banyak makan di musin Raya ni... alah puasa sebulan boleh tak kan puasa 6 hari tak leh... muhehehe...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: Friday, September 10, 2010 by soulmate in Labels:

Mohon Ampun Dan Maaf Pada semua andainya:

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik ditelinga
Terhantuk dikepala
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila
Terbermacam-macam "TER" lagi yang tak kena mengena

SEMOGA DIMAAFKAN HENDAKNYA JUA UNTUK;

Janji yang terabai
Hati yang berprasangka
Lisan dan pena yang terlanjur
Dan jua semua sikap yang menyakitkan

MEMBURU LAILATUL QADAR

Posted: Sunday, August 29, 2010 by soulmate in Labels:

Maaf lambat update blog ni sebab ke-busy-an(malas). Untuk mengampu bos supaya hulur bonus banyak skit, terpaksa la kerja keras utk perform yg terbaek, kononnya. Walaupun nampak gempak dan bergaye(perasan sendiri) bile aku cakap pasal kejadah kerja projek nk hits target ni tapi percaye la lebih baek aku terjun laut(dalam peta) dari berusaha dengan gigih, sbb boss dah decide yang bonus tak ada yang ada cuma duit raya, Stress dowh. Aku pun ade plan projek menghabiskan duit aku sendiri ni.Hesh!

Ok lah kita lupa pasa duniawi ni.. eceh! bukan... siyes aku cakap skrg ni pejam celik cepat sangat masa berlalu, tgk la harini, mcm baru je puasa dah nk masuk 10 malam terakhir, ok sebut pasal 10 mlm terakhir ni pasti semua tgh sibuk nk mencari malam lailatul qadar mengikut cara ibadah masing2, harap2 lah tahun ni akan dipertemukan dan tu lah harapan dan impian semua manusia beragama islam...amin...

Aku nak update blog ni pun rase malas lagi sebenarnye, nak blogwalking pun takde mood. Kalo tak update lame sangat nanti berhantu pulak, Kena masukkan mp3 Yassin ni, nak simpang jadi tempat jin puaka bertendang, sebab aku akan update blog ni entah bile pulak kot. Gile pemalas tahap maksima ni, lg plakt tengah pening ni nak raya, duit banyak kena keluar, tapi yang masuknya x berapa memberangsangkan... adei...

150 JUTA

Posted: Tuesday, August 24, 2010 by soulmate in Labels:

Salam, hari ni dah nk masuk tengah bulan ramadhan, pejam celik hesh! cepat sangat rasanya masa berlalu... tapi pape pn kita kena pandang depan, yang lepas berlalu jadikan pedoman, wah.. nape ayat aku skima sgt ni? Mungkin sebab penangan puasa kot, weee....

Tak ada ape menarik nk citer, just nk kongsi pasal lagu indie ni, bagi aku mmg best la, tapi tak tau la cite rase org lain... klu lgu indie mc ni memang aku leh layan dengar sampai berak muntah hijau... kikikiki... so dengan hormatnya aku benarkan lagu ni berada di wall blog hampeh aku ni, ekekekeke.... klu dulu yuna, dan zee avi, skrg turn Fynn Jamal lak... layannnnnnn...

PENGUMUMAN PUASA

Posted: Tuesday, August 10, 2010 by soulmate in Labels:

Assalamualaikum wbt dan dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani...

Adalah ini, tanpa segan silu dan confidentnya memberi tahu bahawa anak bulan ramadhan telah kelihatan, maka dengan itu saya mengishtiharkan esok puasa, puasa jangan tak puasa tau... haha.. lawak x leh blah...



Sedar x sedar ramadhan muncul lagi, dah tentu saat mcm ni orang yang paling aku ingat dan skalu gus buat aku sayu adalah abah, tahun ke-2 sambut ramadhan tanpa abah, tapi aku ingat pesan abah, jangan tinggal terawikh sebab solat sunat ni hanya ada dibulan ramadhan, x ada kat bulan lain, jangan tinggal dan selalu berdoa, sbb doa org berpuasa Allah tak tolak, kurangkan tido banyak kan ibadah, sbb dah 11 bulan bantai tido x kan sebulan ni tak leh skip tido utk penyucian diri dan pengabdian diri pada raja seluruh alam.Hurm... sangat terkesan pesan abah.

Abah, pesan tu masih jelas terngiang di telinga, dan insyaAllah anakanda akan sedaya upaya mencuba menjadikan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan terisi dari tahun sebelumnya, amin.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELURUH HAMBANYA.

AKHIRNYA AKU TUNAIKAN JANJI AKU

Posted: Tuesday, July 20, 2010 by soulmate in Labels:

Salam...
Apa khabar iman di jiwa? harap2 masih istiqomah pada landasan yang lurus...

Sape x tau citer klik disini

Ok.. pasal relationship kan? Erm... aku mmg sejak dulu tak berapa percaya sgt sesebuah relationship ni akan bertahan pada tahap yang lama, paling tidak kita akan ditinggal kan atau kita yang meninggalkan... tak kira lah relationship tu atas dasar apa...kekasih, sahabat atau teman... tp surely relationship kekasih dan sahabat lah yg akan meninggalkan kesan yang mendalam ble berlaku apa2 kemungkinan kan? sangat kesian dan menyakitkan...

Korang pasti tau, sesuatu relationship tu adalah sesuatu keistimewaan yang dapat mengisi kekosongan penjalanan hidup kita, nk plak relationship tu adalah sesuatu yang kita mula menghargai akan kewujudan dia... then tetiba kita disingkirkan dengan cara yang sangat tidak berhemah, hesh!

Pendek citer mcm ni la... kononnya kita tak tau pn kita dh buat salah ngan kawan kita, atau memang kita x salah pn klu dipikirkan balik, tapi dia menghukum kita dengan hukuman yang langsung tak setimpal, then puas kita merayu, mencuba dan berkali2 momohon kemaafan walau pn kita masih confuse 'betul ke aku salah?' tapi kepentingan diri tolak tepi, janji kawan bahagia, tak kesahlah kita kn kawan. Tapi niat baik kita langsung tak dapat penghargaan, call tak jawab, msg x reply, ibarat usaha dipandang murahan, dan dia still tetap dengan hukuman dia, mcm kita dah buat satu kesalahan yang tak mungkin utk dimaafkan lagi, ibarat langsung x menghargai orang yang sangat tau menghargai... sbb klu nk kire aku leh buat x tau je atau lebih kasar buat bodow jer...atau set dalam kepala menjadi selfish sekali sekala tiadak menjadi satu kesalahan, peduli hapa? kita juga ada hak utk rasa gembira. Tapi... tapi.. ni yang tak best nya... "aku bukan jenis orang yang tergamak" dan mudah rasa bersalah tahap tapak kaki bile org yang kita anggap kawan yang selalu spend masa bersama, yang dah mcm kawan yang saling memerlukan, orang yang close giler nak mati, berkepit kesana kemari, bila bersama ketawa tak hengat dunia secara tetiba menjadi sejuk, beku, dingin dengan kita. Tak adil!

Then bila semua dah chill, bile satu masa ble dia dah sedar kebenaran kita, dan tau dia juga dipihak yang salah tanpa perasaan bersalah dia datang say "hai..im back.. long time no see" atau " bai.. jom minum lama x lepak sama2..." wahhhh... seolah mau kembali mcm dulu2... mcm tak ada apa2 berlaku dan mcm kita ni bkn manusia yang ada hati dan perasaan utk diperkotak katikkan, weh...hati aku pn seketul daging jugak... boleh merasa da terasa...agak2 korang la rasa pedih tak? sakit tak klu korang dok kat tempat tu? Tak rasa kekurangan ker bila tak ada perasaan utk menghargai? Aku tak mintak apa2 tp cukuplah kalau kawan kita tu tau apa yang patut dan apa yang tak patut dia buat sebagai seorang kawan.

Bagi aku la sejak dulu dan sampai skrg kawan atau teman atau sahabat ni sgt istimewa kewujudan mereka, cuma mcm mana kita menterjemahkan penghargaan diatas anugerah mempunyai seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama, yang menjadi kekuatan disaat salah seorang menjadi lemah, yang sanggup memberikan bahu utk ditumpang bersandar... pendek kata kawan yang saling memerlukan, yang sanggup berkongsi apa saja rasa bersama, sebab segagah mana pn kita, kita tak leh nk lari dari saat dan ketika yang mana kita amat memerlukan seseorang utk berada disisi menemani. Itu fakta.

Tapi mengapa aku rasa kasih sayang sebagai seorang sahabat amat murah harganya... hailah! tetiba aku rasa mcm dah terbiasa sangat kasih sayang yang aku hulurkan tak akan mendapat balasan yang setimpal. Merungut pn tak guna, terima lah selagi terdaya... atas sebab itu jugak aku ni amat susah nk berkrompomi dengan kepercayaan dalam relationship ni, sbb nya aku takut bila aku memulakan atau menerima sesuatu perkenalan baru.....esok lusa bila aku sudah mula menghargai relationship tu...then tanpa tau kenapa, aku akan kehilangan dan sesungguhnya aku paling benci dengan rasa kehilangan, rasa tu tak best langsung, sebab bila semua itu terjadi....aku tidak akan mampu berbuat apa-apa... selain merasakan sangat terkesan dalam lubuk hati yang paling dalam dan melalui rasa keseorangan yang sangat perit utk dilalui bilamana kita sudah terbiasa dengan suasana ada orang menemani. Aku bukanlah seorang kawan yang demand pn aku cuma mau menjadi seorang kawan yang diumpama sebagai seorang kawan bukan seorang kawan yang tak dianggap.

Aku ni jenis siyes cakap aku suka memendam rasa, mengalah dan tidak pernah rasa ianya satu kerugian, ibarat seorang yang sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan orang lain, kadang rasa mcm lilin, sanggup membakar diri untuk melihat orang lain riang gembira dalam sinaran cahaya, giler kan? Ibarat burung yang terbang terlalu tinggi then ble terjatuh aku yang merasa sakitnya! Iya lah.. ble kita dah buat yang terbaik utk seseorang mestilah bile dia buat sesuatu yang boleh dianggap terburuk, kita totally tak leh terima dengan hati yang lapang. Bile dah jadi mcm tu kekadang aku rasa aku nk didik diri aku jd selfish, tapi maybe kelemahan aku, bila orang merayu2, wat muke kesian, lantas membuat aku terkesima dan akhirnya kalah dengan pertempuran utk menjadi seorang selfish tegar, lalu aku jd seorang loser lagi, eceh! ayat tak leh blah!

Aku sangat menghargai sebuah perkenalan yang wujud dalam hidup aku, Entah! tapi sayang tidak semua antara mereka itu akan kekal menjadi sahabat, dan rasa kehilangan itu bagai sesuatu perasaan yang kita sendiri tak sanggup untuk hadapinya tapi nak tak nak kna face it gak. entah lah... bila terlalu kerap rasa kehilangan, aku mula sedar dan rasa mcm aku tidak patut memulakan atau menerima sebuah perkenalan lagi, cukuplah setakat sampai disini atau mungkin menerima dan memulakan tapi tidak mungkin sbgai best buddies yang bagi aku bukan setakat berkongsi susah dan senang tp menjadi kawan yang sentiasa ada disaat salah seorang memerlukan.

Tapi tu lah, susah sangt ke bagi orang2 yang aku dah anggap dia kawan utk hargai hati dan perasaan aku yang mungkin dia jugak anggap kawan, aku rasa tak susah pn...mungkin aku patut jadik mcm dulu2,lonely... masa dulu aku selalu je ignore orang yang nk kawan ngan aku walaupn aku tau mereka kawan yang baik sebab aku sedar diri, aku tau condition aku masa tu menyusahkan kawan so jauhkan diri utk tidak menyusahkan, jadi aku angkat kaki pergi. Aku tengok je kawan yang baik-baik berkawan dengan orang lain, teringin nk dekati tapi keadaan diri tak mengizinkan, hanya tersenyum dari jauh, teringin, tapi aku sedar diri.Kawan yang baik macam mereka,tak patut ada kawan macam aku. Tapi itu dulu... skrang bile time aku dah bersedia utk berkawan dan jadi seseorang kawan yang saling memerlukan, ini pulak yang aku dapat, *sign*

Aku memang agak susah nk jadi best buddies pada sesiapa saja secara tiba2, agak mengambil masa utk rapat, biasanya aku akan kawan2, kenal2, spend masa together gether, then tanpa sedar aku tak tahu bila aku mula jadi best buddies dia dan angap dia adalah sahabat aku, dan aku tak nak tahu sikit pun apa sebabnya aku dah mula appreciate dia. Aku tak nak cari sebab kenapa dan apa daya tarikan dia sehingga berjaya mengheret aku utk menjadi kawan rapat memandangkan aku ni seseorang yang amat susah mempercayai orang lain selain diri sendiri, dan sebabnya aku tahu, kalau aku menerima kewujudan ukhwah ini kerana dia adalah begitu dan dia adalah begini, then sampai masa kemahuan dan percarian aku dah grab, aku akan rasa puas dan rasa mcm tak ada yang luar biasa dah dan maybe beralih pada yang lain, so aku mengelak dr meletakkan syarat2 dalam relationship, mujur aku bukan jenis habis manis sepah di buang bersepah2... aduh! sadissss...hahahaha... (gelak ahli sihir)

Cuma satu yang aku nk cakap, kawan ni mcm belon skali kita dah lepaskan dia pergi kita tak kan dapat dia balik dah... kena hargai kawan selagi ada, jangan bile dah hilang dan ruang2 kosong yang dah kita tinggalkan dipenuhi oleh orang lain, baru kita nk claim yang benda tu adalah hak milik kita, sedangkan satu masa dulu kita tak pernah hargai apa lagi sedar kepentingan dia dalam hidup kita...

Hidup ini susah kita nak duga..kadang2 kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu tapi sebenarnya jauh,walaupun kita dapat melihat senyuman manis dia tapi belum tentu hati dia kita dapat selami..mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya..bila dia menangis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tak disenangi..rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita akan jatuh..Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan..ALLAH Maha Mengetahui..

P/S: Keikhlasan hati aku bukanlah utk dibalas, cukuplah sekadar jadi kenangan waktu berjauhan.

WANITA DIBERI KEMULIAN OLEH ALLAH

Posted: Saturday, July 17, 2010 by soulmate in Labels:

Sori dah lama sangat aku tak login sini (lagak perasan konon ramai org blogwalking sini, kikikiki...) lately byk sangat benda sedih yang datang secara bertubi-tubi dalam hidup aku, tapi bersungut pn tak guna, andai itu takdir aku terima dan jadikan aku semakin kuat dan imun, aku harus menterjemahkan erti sabar dan redha yang sebenar, bukan terus menerus bersungut, komplain, tanya itu dan ini, kenapa dan mengapa... just terima setiap kesedihan yang berlaku sebagai teguran atau peringatan dari yang maha kuasa.

Ok dari tajuk aku bukan nk buat ceramah agama tapi aku nk kongsi satu email ni, selama ni ramai org ckp dalam islam kaum hawa sering tidak mendapat hak dan keistimewaan, tp dari sudut lain, siapa tahu betapa sayangnya Allah pada kaum wanita dan betapa tingginya keistimewaan yang dikurniakan.

(Aku trus copy and paste jer...malas nk ringkaskan dan taip balik, sila jangan kutuk)

Kaum wanita masa kini kononnya sama macam lelaki juga, apa lelaki boleh buat wanita pun boleh buat. Maka timbullah NGO atau kumpulan2 yang memperjuangkan hak asasi wanita dan meminta hak samarata dengan lelaki. Malah mereka juga ada yang terlanjur mempertikaikan status wanita di sisi Islam spt:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki.
4. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri.
7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”.

Cuba kita lihat kenyataan sebaliknya ?

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki,
Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap! 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri
Wanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita

SHARING IS CARING

Posted: Friday, July 9, 2010 by soulmate in Labels:

Everything Happen For A Reason

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there...to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very momentthat they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible,
painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.

Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.

The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the impor tance of being cautious to whom you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.

Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold your head up because you have every right to.

Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create you own life and then go out and live it.

p/s : Dari sini aku belajar tiap yang berlaku ada alasannya tersendiri yang kita sendiri tak pernah sedar dan cuba utk selami sekaligus mengakui redha dan sabar itu sangat indah.

MAKNA SEORANG 'TEMAN'

Posted: Tuesday, July 6, 2010 by soulmate in Labels:

Woha.. aku nk mintak maaf banyak2 sbb aku x sempat lagi nk sambung balik entry hari tu, dan sampai skrg aku masih x ada mood, mungkin badi kentut kawan aku tu masih menyelubungi hidup aku sejak akhir-akhir ni, pape pn aku akan tetap tunaikan janji aku cuma lambat sikit, sila jangan marah... dush! blushing beramai2... muhehehe...

ok, harini aku nk post satu entry ni, sangat menarik jalan citer dia, aku suke...suke..suke... (utk mengambarkan perasaan sbnar), tpi penat jgk lah aku nk translate kan ke bahasa yang korang senang nak faham... harap korang hargai dan sila bangga dengan galak segalak-gakaknya...

Tanjuk : Dah ada kat title entry
Tempat kejadian : tak dapat dikesan
tarikh kejadian : tak ada sape yang tau

Ada dua teman karib atau dalam bahasa melayu kuno best buddies sedang dalam perjalanan, kemana? tak dapat dipastikan, korang bayangkan lah sendiri mengikut imaginasi masing2. Sahabat dan Kawan namanya. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, puncanya? Juga tak dapat dipastikan dengan tepat, tapi dorang memang bertengkar la... Tanpa sedar tetiba kawan tidakdapat menahan amarah kemudian berlaku sedikit tolak menolak sehingga Kawan menolak sahabat sampai terjatuh. Walau pn sahabat terasa sakit dan agak sedih, tapi dia tidak melawan, malah masih mampu mengukir senyuman, biar pn ianya plastik, Tanpa bercakap walau sepatah haram, eh silap, sepatah kata... lalu Sahabat menulis di atas pasir.

'Hari ini temanku menolak ku sampai jatuh.'

Lalu mereka meneruskan perjalanan hingga bertemu dengan sungai yang sangat sejuk airnya, mereka pn berhenti untuk berehat dan membersihkan badan atau dalam bahasa melayu purba 'mandi'. Namun siapa sangka sungai itu teramat dalam sehingga Sahabat hanyut dan nyaris tenggelam tapi berjaya diselamatkan oleh Kawan. Puas kawan cuba menyelamatkan Sahabat dan Ketika Sahabat sedar dari pengsan yang tidak memakan masa begitu lama (ayat tak leh blah...haha) dan rasa fobianya hilang Sahabat bangun dan sekali lagi menulis, tapi bukan lagi di pasir sebaliknya menulis diatas batu.

'Hari ini temanku telah menyelamatkan nyawaku.'

Melihat apa yang dilakukan Sahabat, Kawan berasa hairan bin ajaib cucu kepada pelik lalu terus bertanya kepada sahabat.

'Kenapa waktu aku menolak kau hingga terjatuh, kau menulis diatas pasir dan sekarang apabila aku menyelamatkan kau, kau menulis diatas batu pula? Aku tak faham lah dengan kau ni... entah pape!"

Sambil menggaru kepala yang tidak gatal...

Sambil tersenyum lalu sahabat memberikan satu jawapan yang sangat2 terkesan pd sesiapa saja yang mendengarnya, kata Sahabat :

'Ketika seorang teman melukai hati aku, aku akan menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus luka dihati. Dan apabila teman aku melakukan sesuatu kebaikan kepada aku walaupn ia sekecil apa pn aku harus memahat diatas batu hati agar aku tetap mengenangkan nya, dan tidak hilang tertiup waktu begitu saja.'

Tanpa terduga, kawan telah menitiskan airmata mendengar jawapan yang begitu mendalam dan indah maksudnya, sangat ikhlas dan tulus, tanpa sedar kedua-tua teman baik itu akhirnya ketawa bersama, bahagia menikmati pemandangan yang indah disetiap perjalanan, bergandingan bahu, dan saling melindungi dan meghargai antara satu sama lain.

moral:

Aku betul2 terkesan dengan kisah citer pasal teman ni... sampai 2,3 kali aku baca...seharusnya perasaan begitulah harus wujud dalam apa jua relationship.



P/s: nanti badi kentut kawan aku beransur pulih, aku janji akan smbg balik entry yang terhenti sedcara tiba2 tu... chow!

INI CERITA BEREPISOD

Posted: Wednesday, June 30, 2010 by soulmate in Labels:

Salam,
Owh! dah lame aku tak login blog. Nasib baek la tak berpuaka. Jika anda tak tau apekah puaka tersebut, cube la google selepas ambik air sembahyang, dan jangan lempar selipar kat aku lepas tu. Jika anda sudah tau apekah maksud tersebut, buat2 tak nampak je.Hehe...

Ok..fine! Picisan yang tidak tipikal.

emo-emo-emo...

Ok, aku nak kongsi dgn korang ni, x tau citer ni versi sedih atau sekadar melayan perasaan sendiri. Korang pernah tak terfikir pasal relationship Vs keseorangan. Ok aku nk cakap, entah kenapa sejak dulu2 memang aku cukup benci dengan rasa kehilangan ni, aduh rasa sakit tak terbendung, sebab tu la aku amat takut dengan perkenalan, apa lagi perkenalan baru, sbb aku tau tiap perkenanan pasti akan ada perpisahan, so bukankan perpisahan tu namanya kehilangan... see?

Ok masa aku kecik, mak aku cakap aku penah emo giler, sampai demam ( tapi tak melarat la, cuma suhu badan aku masa tu mmg dalam keadaan demam) sbb nya? aku hilang motor mainan aku, meh nak kenalkan skit, motor mainan aku tu tak la gempak mana pn, tp sebab keakraban aku dengan dia mmg x dapat dinafikan lgi, jadi aku sayang giler nak mati lah kat barang mainan aku yang satu tu. Mana tak nyer pendek kata, time tdo, time makan, time mandi memang sentiasa benda tu ada bersama aku mcm dh kembar siam dah aku rasa, asek nk melekat jer.

Baeklah, bukannya aku nak cerita pasal kisah 'aku & motor mainan" tp pasal relationship dan perasaan keseorangan...kisah motor mainan tu just nk gambar kn kat korang yang aku ni jenis klu akrab sgt ngan org tu tak kira secara tiba2 atau x sengaja, aku akan jdi sayang relationship tu, macam klu sepanjang masa aku sgt rapat dgn seseorang then ble tetiba jadik renggang atau jarang berjumpa aku akan jd wujud satu feel yang agak x selesa... mcm mana aku nak cakap ek? macam rasa tetiba kosong jer perjalanan hidup aku, chew wah... yer lah, biasa ada kawan utk kita kacau, ada kawan yang baik hati utk sanggup teman kita kemana saja, utk sama2 gelak ngan kita seolah hidup ni hanya utk ketawa,wakakakaka.... kawan yang sentiasa ada masa utk menggangu kita & 'buzz' YM... tapi tetiba...

Hailah... tetiba aku rasa mcm tak ada mood lak nk teruskan entry ni, apekah? sebab apa? sbb lahanat punya officemate aku ni dah lah menumpang bertenggek kat bilik aku buat keje konon nya nk catri keselesaan, tapi hampagas + bagidol soot dilepaskan boom atom a.k.a kentut yang amat busuk tak hengat sampai aku hilang selera nak teruskan entry ni, blergh... uuuweekkkk... haik tuih! sambil dalam hati aku menyumpah2 dengan 4 bahasa lain.

wokey lah, aku terpaksa lari keluar dr bilik aku sendiri untuk mencari udara bg meneruskan pernafasan aku yang terpaksa dihentikan untuk beberapa ketika demi menyelamatkan paru2 aku, hampagas! aku sumpah ko jadi duit 1 juta, boleh aku enjoy! Ceh hampagas extravaganza sungguh...

To be continue...

F.O.R.M.S.P.R.I.N.G

Posted: Wednesday, June 23, 2010 by soulmate in Labels:

SELAMAT HARI RABU,

Aku cume nk bagi tau akan perubahan kat blog aku ni. Oh? Die boleh brubah menjadi robot seperti Bumblebee? Haram la korang kalau tak perasan aku letak fromspring kat blog aku ni. Ape kejadahnya tu? haha... klu nk tau korang cuba lah usha sendiri ek, tak kn semua benda nk tgu aku explain dan tunjuk satu2... Kagum tak? haha soalan org berhayal konon benda tu sgtlah hebatnya, Sila jangan tanye macam mane boleh jadi macam tu. Aku hembus situ sambil bace ayat kursi 7 kali je, tak susah pun...muhehe...tp aku ni je yang malas + konon2 sibuk, orang lain dah berabad letak kat blog, tu pn nk poyo lak kan? sila jangan menyampah. haha.. kena tipu sebenarnya semudah mkn abc je, macam game lah kiranye, korang tya, aku akan jawab, then kadang2 korang tya aku, aku tya korang balik... wakakaka... sila jangan bengang...

tu je nak cakap weeee...

KHAS DAN ISTIMEWA

Posted: Monday, June 21, 2010 by soulmate in Labels:

"INI ENTRY EDISI SIASAT KHAS UNTUK SESEORANG YANG AKU PANGGIL DIA ANGAH"

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah, perkayaknlah saudaraku yg baik ini dgn keimanan & keilmuan,hiasilah hatinya dgn kesabaran,muliakan lah wajahnya dgn ketaqwaan & perindahkanlah fizikalnya dgn kesihatan serta terimalah amal ibadatnya kerna Kaulah zat penguasa, amin.Selamat hari lahir angah, terima kasih krn menjadi sorg sahabat dan teman yg terhebat, kau bukan saja buat boleh aku ketawa, tapi kau pernah bagi aku bermacam rasa, kau pernah buat aku nangis, kau juga buat aku rasa sakit hati, marah, malu & yang penting kau jg penjana semangat aku, kau ajar aku apa itu persahabatan, indahnya ukhwah, semoga kekal sampai bila2, janji ek, kita kawan sampai akhirat!

Angah...

Aku kenal dia masa aku tengah kemas barang. Orang pertama yang sapa aku masa mula2 masuk hostel tu. pada awalnya aku ngan dia tak rapat pn sbb masa tuh aku ngan dia tak ngam langsung...dan rasa seolah saling tidak memerlukan dan tak pernah nk harap utk jd best buddies antara satu sama lain, nak pulak aku memang sangat tak suka sikap dia yang kuat marah... skit2 nk marah, emo, mcm dia je ada perasaan, pendek kata mcm poyo lah, tapi tak tahu nape satu masa tu kitaorg leh borak panjang, sampai dia leh nangis citer masalah dia,agak cute jgk masa dia nangis yer, haha... ape kejadahnya... Masa tu aku gelabah giler.Dalam hati aku membebel cakap kenapa lah dia ni gi nangis depan aku lak, aku masa tu tak tahu nk buat reaksi mcm mana. Aduyai.. aku memang mcm tu, sgt lah lemah ble ada org menangis depan aku, x tau nk buat reaksi mcm mana, nk pujuk? memang aku x dikurniakan kepakaran dalam sifat mcm tu, kesian aku kan? entahlah! bukan tu jer, klu aku sayang orang, susah sgt nk tunjuk yang aku sayang org tu, kalau suka org pn mcm tu jgk, aku susah nk expose yang aku suka orang tu,alahai lah, sbb tuh lah aku dah banyak sgt terlepas peluang (Ini cerita tipu, sila jgn terpedaya) lagi truk klu orang merajuk ngan aku, alamak... sila lah jgn merajuk ngan aku, aku x pandai nk merayu2 pujuk memujuk ni, mmg malang lah sape yg kawan ngan aku (cuba utk humble kan diri) and mcm tu jgk kes ni susah utk aku tunjukkan betapa aku kesah ble tengok dia sedey. Pertama kali aku pujuk org nangis, wah... rasa mcm ntah pape jer wey...tetiba rasa mcm bukan aku jer, malu lak pada diri sendiri, apekah? hehe...

Dari kes tipikal drama tu lah kita jadi makin rapat. Tiap kali kita orang berdua mesti ada seisi luahan hati dan nangis2 (Dialah kuat nangis, aku tak..haha) Dia yang aku kenal in person nampak garang dan lasak tp sebenarnya lembut, lemah, sensitif, manja, dan dia baek, walaupn dia lemah, aku kagum dgn semangat dia tu.

Dia memang sahabat dan kawan aku yang sejati yang tak mungkin aku jumpa pada orang lain. tu jer aku leh cakap, Sejak kenal dia lah aku blaja erti persahabatan yang hakiki. Sebelum ni aku mmg tak ada sahabat sgt (kawan utk ketawa ada lah...) sbb aku jarang suka share hal aku ngan org, Saje berlagak cool.. arwah nenek aku ckp dari kecik lg aku memang mcm tu, dah memang habita semulajadi aku kot suka wat hal sendiri, susah nk percaya org dan suka berlakon depan org, contohnya aku boleh senyum dan ketawa mcm org bengong sedangkan hati aku tengah sedih giler nk mati masa tu, so mmg susah la kalau korang nak selidik rahsia aku. Wakakaka.. sila abaikan.

Banyak suka duka kita org lalui bersama di kuantan.dari sekecik2 benda sampailah sebesar2 perkara kita org saling meluah sampai sama2 nangis dan kekadang ketawa kan? Hehe.. byk kenangan kita org share. Aku rindu saat tu sangat2 skrg. Aku rindu masa melepak kat katil, masa nangis sesama, masa aku buat lawak, dia ketawa sampai terkencing dalam seluar. Masa kami dok liat sape kena mandi dulu, masa kami solat berjemaah sama2, masa aku basuh baju dan dia sidai, then aku angkat dia lipat, masa dia nangis sebab terasa ngan aku, masa aku lari merajuk sbb sakit hati dengan dia, masa kita org dok ngumpat sana sini, masa kita org dok kutuk untie depan umah, masa kita org menyelamatkan diri utk mengisi perut dengan makan maggie (menu yang slalu selamatkan kita org time sengkek), masa sama2 masak menu yg ntahapahapa, tp sedap, segalanya...Aku rindu masa2 tu! Sebab skrg kita org dah tak berpeluang dah nk lalui dan itu semua dah jadi memori, yang mengajar kita org dari remaja menjadi dewasa.Tak mungkin akan ada orang leh ganti tempat dia. Janji, agar ukhwah ni tak putus tidak terabai.

SELAMAT HARI LAHIR TEMAN, TIADA HADIAH PALING HEBAT SELAIN DOA YANG TAK PERNAH PUTUS DAN BERHENTI

p/s : Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kau, sampai bila? Hanya aku saja yang tahu...Tu jer aku nak cakap...

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA

Posted: Sunday, June 20, 2010 by soulmate in Labels:

Baeklah. Akhirnye aku akan update blog ni jugak atas permintaan ramai. DUSH! (kena baling durian kat dahi) OK. Aku nak update blog sebab mood aku tengah baek skrg ni. Walaupun sales target bulan ni sgt melampau tinggi mengalahkan KLCC, mood aku tetap jugak baek (ayat org yg slalu malas buat kerja) sila jangan marah...

Semenjak dua menjak ni, tiga menjak empat menjak ok lg kot, tp ble dah banyak sgt bermenjak2 ni cam dah pelik pulak bunyi. cam ntahapahapantah entry aku kali ni. hahahahahha...aku gelak sepenuh hati kononya tapi tipu sebab hati tak penuh makanya macam mana nak wujud ketawa sepenuh hati.Kan? kan? aku tak sedihlah pon...mana ade aku sedih.aku ok saja...

Cuma aku rase hilang semangat nak blogging ni. Takde mood nak update blog. Tak tau kenapa. Sebab dah bosan kot, banyak cerita pasal aku puji diri sendiri sampai muntah atau cerita merepek banyak sangat atau aku perasan syok sendiri je buat blog ni? Rase nak lempar terompah kayu kat dahi aku tak? OK, aku nak cerita lagi ni nak bagi korang terus muntah darah.Buwahahaha....

Aku malas je nak update blog pasal malas nak taip dan nak brainstroming nak letak cerita ape kat entry blog. Tu je masalah sebenarnya. Mungkin sebab penangan badi stress aku ni tak habis2 lagi kot.

ok...ikhlas aku bgtau yang aku dah start malas! update ni hanya membuktikan pada korang yang aku masih bernyawa...(padahal malas nak mati!!!) so....sampai sini je lah ye.. nanti aku rajin aku type lagi panjang skit cam biase.

Sekian, noktah.

L.A.R.I

Posted: Wednesday, June 16, 2010 by soulmate in Labels:

...Lari aku lari
...Lari dari mimpi
...Lari dari sepi
...Biar ku sendiri

Menanggung sepi
Menghilangkan diri
Menenangkan hati
Meneruskan mimpi
Menebus kembali
Apa yang telah lari...

Berbagai cara untuk meneruskan
Perjalan yang tiada akhir

Aku sendiri mencari jalan pasti
Biarpun ku berlari
Pastikan ku temui

Lari tapi tak terlari
Punggah cerita ceritera
dan lari lagi tanpa henti...

HEY KAWAN

Posted: Tuesday, June 15, 2010 by soulmate in Labels:

Hey kawan, klu aku ni kau anggap kawan...

Andai hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah
Andai aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiyah Pencipta
Andai aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga
andai aku bersemangat dan kuat,
tunjukkan aku pada insan yang perlu dibantu,
Andai antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera...
Andai pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku sedar dan berubah...

Dan...
Andai esok aku lena dan tidak lg terjaga...
iringilah lenaku dengan kalungan doa dan fatihah...
berjanjilah kawan...
Andai aku ini kau anggap kawan
Ukhuwah kita utk selamanya...
Biar kekal dimana-mana...
Pada air...api...
Pada panas... dingin...
Pada luka... sengsara...
Insya'Allah

KESEMPATAN BERTEMU REJAB SEKIAN KALINYA

Posted: Monday, June 14, 2010 by soulmate in Labels:

Alhamdulillah... terima kasih Tuhan diatas kesempatan ini, peluang ini, arini 1 Rejab 1431H bersamaan 2010M sudah, betul lah masa tu mcm pedang, tanpa kita sedar dia akan memotong kita. Tak payah aku nk hurai pasal bulan rejab yang sememangnya banyak fadhilatnya utk memperbanyakkan amal ibadah kita dlm bulan ni... dan amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa selain bersedekah dan menambahan amal ibadat, ermmmm...pemurahnya Maha pencipta kepada seluruh hambaNya.

Penghayatan, menghambakan diri pada Tuhan rasanya sangat mengubat hati yang luka, menenang jiwa yang lara, memecahkan kebuntuan saat kesunyian, dan kehadiran rejab sekian kalinya ini, memberi aku peluang dan kesempatan mendekatkan diri sehampir mungkin pada Nya, yang selama ini aku agak menjauh...lagha mungkin... boleh jadi...

Syukur atas kesempatan ini, pertemuan ini dan nafas ini dibulan Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.

Dan aku tak mau setan terus meraikan kemenangan dengan kebodohan aku yang berulang dan diulang...

Tuhan,
aku minta maaf, dan aku pohon keampunan.

diam. pejam mata mencuba untuk pasakkan sesuatu yang selalu goyah.

Tuhan,
aku mohon janganlah kebodohan aku yang sudah sudah itu berulang lagi. cukup cukuplah. Aku tidak mampu untuk mencalar rasa mencarik jiwa.

Tuhan,
aku mohon,
bantu aku...
sangat-sangat...
sungguh2...

INGAT & RINDU TU SAME KER?

Posted: Sunday, June 13, 2010 by soulmate in Labels:

Saya ada sepasang mata,
Hakikatnya, saya tak mampu nak tengok awak selalu
Saya ada sepasang telinga,
kenyataannya, saya tak boleh nk dengar suara awak setiap hari,

Tapi, saya ada satu akal, yang selalu mengingati awak,
Saya ada satu hati yang selalu merindui awak!
Saya tengah ingat awak, saya tengah rindu awak
Awak tau tak?

Tapi saya tak harap pn awak utk ingat dan rindu saya
Sebagaimana saya...
Cuma saya... sentiasa doakan awak,
kesejahteraan awak... kesihatan awak... kebahagian awak...
Agar sentiasa dibawah lindungan Tuhan seadanya

Kerana,
Melihat awak tersenyum adalah kesejahteraan saya
Mendengar awak ketawa adalah kebahagian saya
Mengetahui kesusahan awak, adalah kesedihan saya
Biarpn hanya dari kejauhan,
Biar pun hanya dengan merisik khabar,

Impian saya...
Saya nk jadi sesuatu yang selalu dekat ngan awak
Yang boleh tau segalanya tentang awak

Kalau boleh...
Saya nak awak tahu yang saya sentiasa doakan yang baik utk awak
Tanpa mengharapkan awak utk lakukan yang sama utk saya,

Sebab...
Keikhlasan hati saya bukanlah untuk dibalas,
Cukuplah sekadar jadi kenangan waktu berjauhan

Saya cuma nak awak tahu,
Saya tengah rindu ingat awak, banyak sangat!

LA TAHZAN - JANGAN BERSEDIH

Posted: Saturday, June 12, 2010 by soulmate in Labels:

SAYA S.E.D.I.H...

Feeling Down...

->Depressed...

->Lonely...

->Fatigue

->Alone...

->Forsaken...

->Forgetten...

->Sadness...

->Uncertainties...

And...

->Worry...

If I spread my wing..
Will there be a place for me?

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan apabila ditimpa matapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapan" [41:49]

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat yang suka mengeluh" [70:19]

"Apabila ditimpa kesusahan, dia mengeluh kesah" [70:20]

"Dan apabila ditimpa kebaikan dia menjadi kikir" [70:21]

"Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat" [70:22]

"Dan jangan lah kamu (merasa) lemah,dan (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya, jika kamu orang beriman" [3:139]

"Dan sesungguhnya kepada Tuhan mu lah kesudahannya (segala sesuatu)" [53:42]

"Dan sesungguhnya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" [53:43]

Sadaqallahhulazim... [Benarlah yang maha besar]

Dakara.. La-Tahzan.

-> Hidup tidak selalunya indah.
-> Bangkit bangun kembali, kutip apa saja yang boleh dijadikan kekuatan.

Orang-orang yang beruntung:
Sentiasa diuji dan redha

Orang-orang yang rugi:
Bangga kerana tidak pernah diuji

Orang-orang yang Kecelakaan:
Diuji lalu berputus asa dan tidak redha

"GIVE UP IS NOT MUSLIM'S PROPERTIES"

Ok, aku bukan nk buat review pasal buku terlaris di timur tengah ni (La Tahzan) Cuma aku nk cakap, pas habis baca buku ni, aku baca aku terkedu! Speechless! Mati kutu! Tapi sikit bersemangat, rasa mcm bangkit dgn minda yang baru. Memang kena dengan emosi aku skrg ni walau pn dah kembali agak stabil. Rasa mcm kena lempang Dush! dush! 2,3 kali pastu tibe2 mcm kita sedar dr mimpi yang panjang. Chew.. wah (Cuba memberikan gambaran jelas)

ok...aku bukan alim sgt walau pn aku dulu budak skolah agama, aku bukan anak ahli ilmuan agama apalagi penceramah bebas yang boleh mentarbiyyah kehidupan seseorang, Aku bukan tiap2 malam spend masa attend usrah.bukan. Jd aku ni… memang tak payah cakap lah,aku adalah aku, Diri aku cuma aku dan Allah yang tau...takat mana amalan aku, paras mana dosa aku, tu semua rahsia Allah yang tersembunyi, dan aku sebagai khalifah hanya perlu muhasabah dari pada keburukkan kepada kebaikan, dan terus menjadi lebih baik, mempertahankan diri dan iman dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup yang sememangnya menguji kekuatan iman, kerana tapak iman itu sendiri hanya diri kita nahkoda yang menentukan hala tuju utk kta meletakkan dimana tempatnya.

Dulu time jadi student tak kire masa jadik budak skolah agame @ IPT, aku kire suka underground, silent follower, tak suka menonjol. Join usrah pn aku slalu sorok2 je. Kekadang member pn tk perasan aku ada dalam majlis ilmu. Tak tau nape. Mak aku cakap aku dari kecik memang mcm tu, main sorang2 pn aku jadik, muhehehe... suka silent je...tak suka org tau apa yg aku buat, x suka menonjol.

Aku suka menilai kehidupan ni dari sudut yang berbeza. Dari pemahaman dan pengertian aku. Tanpa pengaruh dari mana pihak. Jadi sampai skrg aku boleh terima setiap teguran sbb aku pegang kata2 ustaz aku dulu, "Amik apa yang orang tegur tanpa tengok sape yang menegur"

" Jika kamu melihat aku berbuat baik maka ikutlah, dan jika kamu melihat aku berbuat kejahatan maka tegurlah"

Masa skolah dulu aku tertarik dengan kata2 ni tapi aku tak tau ini kata2 para sahabat Rasullulah atau sebaliknya. Ada sape2 tau leh bagi tau aku.

Selagi kita manusia kita akan sentiasa diuji, itu aku sedar, cuma bezanya mcm mana kita menerima ujian tu, tu je kan? Dan mcm mana kita berfikir, sbb fikir itu adalah pelita hati.

Aku terima takdir Aku. Pahit atau manis. Perit atau jerit. Itu laluan utk aku.tak perlu banyak sangat mengeluh dan bersungut.

WAHAI MUSLIMAH

Posted: Friday, June 11, 2010 by soulmate in Labels:

Salam,

Aku jumpa masa blogwalking satu blog ni Maklumat Penuh klik disini
Aku sebenarnya dah lama tau pasal ni sbb tu aku awal2 lg dah buang semua gambar d FB malah aku pn dah tutup tagged, my space & twitter...cuma aku tak dapat nk buktikan sbb aku cuba carik tak jumpa, so tetiba aku jumpa blog ni, creadit utk blogger ni.

Just nak kongsi dengan korang, betapa wujudnya manusia2 dajal yang menyalahgunakan ketinggian ilmu dan pengetahuan untuk menjatuhkan maruah dan martabat individu, bangsa dan agama.

Gambar Asal

Telah di'edit' (ditapis utk tidak mengaibkan)
Foto asal sangat sempurna dan menutup aurat, tp telah di superimpose & sinar xtray utk menampakkan bahagian 'dalam' dipercayai dilakukan oleh musuh2 islam dan kaki pornografi.

Baca, fikir dan bertindak!
wahai muslimah!
Delete gambar anda!

Dimana saja laman sosial!

PALING & SANGAT SUSAH NAK DELETE

Posted: Thursday, June 10, 2010 by soulmate in Labels:

"AWAS!!! INI ENTRY PANJANG"

Hehe.. ni citer versi klasik lama lagi, ntah nape asek nk bukak citer lama2 jer... giler jiwang karat aku skrg nih... hak3x... ok klu korang rasa nk baca teruskan, aku tak paksa and tak halang, tp klu tak nk just skip je la... aku tak marah pn. Haha.. Cuma satu jela, korang dilarang baca entry ni klu lum solat,(aku curi quote dari blog thesahabat04 hehe...dengan tanpa niat sharing is caring)

Hurm...aku ada kenal dengan seseorang ni...dan dia ni tau aku admire cara dia suka dia..dan dia pon minat suka aku... kitorang kawan tak lama tp ada sikit memori yang buat jiwa aku patah ble ingat balik...kire dia ni lah satu2 nya makhluk yang berjaya bukakan pintu hati aku yang kadang2 aku sendiri lupa mana letak kunci ntah, wakakaka... ni citer tahun 1999... hoho.. lama siot.. dah dkt 11 tahun...tapi disebabkan dia boleh di classkan adalah cinta mati sayang idaman aku yang aku carik slama ni, so mmg susah aku nk delete dia dlm hidup aku. Erm... walau pn aku rock, slumber kodok, nampak ganas, muka ketat, serabai bagai tp hakikatnya dalam hati aku tetap ada taman bai...

Masa aku mula kenal dia aku masih muda remaja huhahuha…single mingle lagi... aku kenal dia masa kat campus, masa tu aku kena submit 1 assignment penting,nak submit assignment sblm kul 10 pg, aku entah mcm mana leh terbabas lambat bangun, sbb mlm tdi aku kerja keras nk siapkan paper work tu (keje last minit),roomate aku punya tak adil tak kejut pn aku padahal dia tau masalah dalaman aku ketika tu. Hampagas betul utk beliau.

Alamak!!! Dengan kelam kabut aku saut je mana2 baju yg ada,aku lari selaju mungkin, on the way tu, dah dekat nk masuk bangunan lecturer aku, ada satu pintu, aku dengan laju & ganas tolak..

"Bamm" bunyi mcm kepala orang kena hentak. apekah? Dengan rasa bersalah aku nampak sorang ni tengah terbongkok2 kutip kertas.

"Opss.. sori2... saya tak sengaja" aku mintak maaf.

"eh...takpe..takpe..." Jawab budak tu.Tanda merah kelihatan kat dahi dia...

"Astarafirullah…ape aku dah buat ni?" Bisik aku dalam hati...

"are u alright?" tanya aku...

"erm.. awk bukak pintu kuat sgt...terkena kepala saya..." jawab dia lagi.

"owh.. maafkan saya, sya tak nampak, saya nk cepat tadi.."

Dengan tergesa2 aku kutip kertas2 yg berterabur dan hulurkn pada budakt tu,sambil mintak maaf aku lari... sbb dah lambat giler weh...

Dalam bilik Mr. Haidy...

"Sir! i'am sorry...i'm late!" lecturer aku pandang jer... muke serius giler...

"erm... it's ok, give me yours!" Aku pun ngan muka separa senyum hulur dgn penuh confident...

" this's my paper sir!" muka serabai tak leh blah wooo....

Mr.haidy komen sambil belek2 kertas aku

"U have done a lot of work!" Huh! bangga Tuhan je yang tau, tak sia2 keje last minute aku! ceh... poyo lah plak!

"What do U write for the second paper?" tanya mr. Haidy. Aku mula cuak dah..

"Eh! ni kertas apa ni?" Aku bersuara dalam hati, sbb kertas yg aku tgk tu bkn aku punya. Pastu aku nampak ada satu nama kat atas tu.

"Sorry..this must be wrong paper sir, i mean this part is not mine,i only have 1 paper sir!" Aku mcm org bengong dah masa tu, siot tul la weh!

Sib baik lecturer aku mood dia baik. Haha.. (memang aku ditakdirkan utk selalu bernasib baik kot) on the way balik tuh aku sempat pikir dr mana dtg nye kertas tu? langut punya langut, tetiba aku terperanjat budak yang aku dah pedajal dia tu terpacak kat depan aku. Aku menjadi gelabah panik sbb aku tahu aku lah yg menyebabkan dahi dia merah.

"Awak... er.. awak ada terambik paper saya tadi" Tegur budak tu.

"Aaa...iya saya..." Jawab aku pendek sambil menggaru kepala aku yg x gatal.

"ooo... ini kertas awk yer... kertas ni awk punya ya..." entah pape aku cakap ntah, trus aku hulur kasi dia.

Dan dari pertemuan sulung tu bertukar kepada berbalas senyuman and bertukar lagi... menjadi robot seperti bumblebee? oh tidak... kepada study group terus kitorang jadi rapat....dia masih single.tak terbukak hati lagi katanya...dan aku, semestinya sorang, sama lah plak, hehe...

Mesti korang nk tau dia jenis mcm mana kn? dia gile sweet...sempoi sebijik mcm aku jugak, tinggi boleh tahan, wajah agak suci ceh..ceh… tapi sedap mata memandang..baik..erk? susah nak judge orang baik.. dalam jangka waktu yg sgt singkat, tapi apa yang aku tau....dari kaca mata aku..dia hormat org... (satu2nya syarat sifat seseorg yg bakal jadi kesayangan aku) dia tak hipokrik .. so aku rasa senang nak percaya or rely dia... time aku marah giler tahap nenek belalang berak hijau, dia suka senyum jer dan biarkn aku lepas perasaan, pastu ble aku dh stop, dia akan tanya aku “Habis dah?” Membuatkan aku malu sendiri dengan perangai aku yg kadang2 agak immature. dia seorang yang sabar... dan sangat bertentangan dengan perangai aku...yang separa serabai ni...

Makin hari kitorang mkin rapat, makin kenal hati dan kehendak masing, macam ada chemistry....kita org sama2 sempoi, tersangat sempoi...selalu lepak sama-sama..share story..problem...saling bg solution, need each other, woha... sweetnyer la...die tak penah halang aku nak kawan ngan sape2 pn...dan aku pon sama.. kira punya kesepakatan dan keserasian dua hala yang jitu...nak tangkap gambar ke...keluar makan ke....kitorang dah cakap..yang kitorang tak kesah...sebab "we trust each other"...dan percaya klu ada jodoh x kemana, aku penah cakap kat dia if 1 day apa yg kita cita2kan x kesampaian, if ikatan murni ni terputus ditengah jalan, jgn sesekali kita kesalkan atau cuba melawan takdir, mana tau kita bukanlah terbaik utk antara satu sama lain, kan? sape tau? Then x sangka dia pn sependapat ngan aku, wah... lg lh aku rasa mcm serasi jer aku ngan dia ni...

Dan dia pn ada jgk bg tau aku, katanya if Allah halalkan perasaan sayang dan rindu antara kita ni, biarlah perasaan ini tidak melampaui batas sampai melupakan kita pd cinta hakiki dan rindu yang abadi yg patut wujud hanya pada Allah, wah.. tersentuh aku, dr situ aku rasa die macam boleh bimbing aku kearah membina kehidupan bersama kelak... itu cara kami menyayangi antara satu sama lain and kami bahagia..sebab aku dengan dia ade "trust" yang susah nak dapat tapi kitorang berjaya miliki....alahai...bertuahnya badan...

Lagi satu cara kta org bercintan cintun tak mcm couple lain... ikut syariat punya, nk ckap saya syang awak, rindu awk memang payah lah, tp dr body language masing2 dh boleh baca perasaan masing2...romantik? lagi lah jauh sama sekali, kire kita org ni bkn pasangan kekasih tp kira lebih ah daripada kawan biasa.. mcm mana tu? korang terjemahlah sendri...

Pada pandangan mata aku or maybe sesiapa pn dia tak punya apa2 keistimewaan sangat selain sekeping hati yang agak bersih, dan jiwa yang ikhlas, alhamdulillah ktaorg saling ingat mengingati supaya dua2 tak lalai dan hanyut dengan dunia cintan cintun ni, batasan kena jaga. Dia slalu pesan kat aku jangan sekali2 tinggal solat... slalu spend masa join usrah, chew wah...lg lh kuat perasaan aku pada dia aku rasa mcm dia lah soulmate aku dan makin hari..aku rasa aku tak nak hilang dia, Huh! super sweet...

Nk pendekkan citer pada hari besdey aku (Aku jarang sgt celebrate, biasa member buat suprise yg slalu tak jadi haha...) Malam tu roomate aku just nyalakan lighter and ada satu slice kek sambil dia nyanyi lagu hepi besdey...Pastu aku tetiba igt dia, aku bagi nota kat soulmate aku tu, aku ajak die lepak..."beb, jom lepak esok..makan kek..." Aku memang suka lepak2 sambil mkn something yg x heavy, nape ntah... habitat semulajadi aku kot biar pn pada hakikatnya aku bukan pengemar kek yg tegar. Masa tu main send nota jela melalui roomate.die reply note aku cakap ok.jumpa pukul 3 nanti (esok)....Sbb dia nk g jumpa sepupu dia dulu, nk amik barang yang mak dia kirim.aku cakap aku tunggu kat taman terus.

Tak tau nape, sblm dia nk g jumpa sepupu dia, dia datang kat hostel aku, send note suruh turun bawah, apehal dia ni, so aku turun, nampak la dia senyum2 mcm mintak penampar kerang busuk, sambil hulur hadiah. Erm... aku tanya dia” lorrr.. kul 3 karang kn nk jumpa...” dia cakap tak pe lah, nk bagi dulu hehe.. aku pn sound ah dia, "karang jgn lambat sangat..." dia angguk je...pastu dia blah bonceng motor ngan kawan dia sambil tunjuk 3 jari tanda kul 3 & aku pn masuk bilik & letak hadiah atas meja.Tah nape aku tak buka pn hadiah tu,aku trus g cuci baju mcm dh x de hari lain nk cuci.

21 January 1999,tepat jam 3 petang aku tunggu sambil beli kek...rasa bongok jugak sbb g bli slice kek awal sgt... excited punya pasal, konon ble dia sampai aku trus hulur dia kek, jadah apa ntah ingat iklan kek ker? dengan sabar dan berhemah, aku tunggu kat situ dengan semangat berkobar2,besdey person kena chill bai.. hehe...

1 jam 30 minit berlalu....sekarang dah 4.30 petang...hati aku bising-bising..."Sah! aku kena main!" ,Dalam kepala aku syak dia pakat ngan kawan aku kenakan aku... slice kek aku dah habis aku makan...slice kek die...aku buang....” Nih surprise besdey yang extream ni, klu nk play the game pn agak2 ah!" Aku dh strat membebel dah " Fine! sebulan aku tak nak cakap dengan kau!”, bisik hati aku sambil mencarut dalam 4 bahasa laen dengan bersangka buruk pada org yang kononnya aku trust giler nk mati. kecewa dengan sikap die...jalan lah aku balik...on the way balik aku memang marah giler.. . jerit aku dalam hati,Masa tu tak ada lagi H/P klu ada pn yang kaya raya je lah layak... klu tak memang dah set dalam kepala hotak masa jumpa nanti nk cakap yang surprise + lawak bodoh dia sikit pn tak berjaya buat aku gelak! Aku tau sangat taktik student IPT time besdey sure nk pedajal punya...

[tipikal drama]... masa balik bilik aku solat asar trus tido. sakit hati tp aku kn ego, tak simpan sgt, tdo jalan terbaik. Baru nk lelap... roomate aku masuk bilik, kelam kabut, muka pucat2, ape jadah ntah.

"Weh... soulmate ko... soulmate ko accident!" Huh! aku ngan muka mamai rasa mcm kawan aku tu buat lawak antarabangsa jer... siap aku sound dia, "ko cakap ape ni?" Sambil melangut..."Woi...soulmate ko excident! ko nk g hospital tak? Puan Raudhah tunggu kat bawah, pegi ngan kete dia..." Aku apa lagi saut jeans lusuh belakang pintu, amik mana2 baju trus turun.Masih bengong lagi...

Masa kat hospital, emergency room, aku nampak sekumpulan doktor & nurse tgh rawat seseorg, dari baju aku tau itu best buddies soulmate!(confess dgn tidak disengajakan)Sbb tu baju yang dia pakai masa jumpa aku sblm dia g jumpa sepupu dia. Dari celah2 kumpulan tu, aku nampak perlahan-lahan jasad tu ditutup dgn kain.Tpi aku pujuk hati tu bukan dia, aku pergi dekat-dekat… aku usha...terus aku tergamam...aku terus pergi dekat jasad yang terbaring...aku pandang.kelu...airmata aku dah berjurai..aku hanya mampu pandang...aku bisik dekat telinga dia..."awak nak buat surprise je kan...bangunlah weh...." aku cuba gerak-gerak kan badan die...nothing...dia tak bagi respon....aku dah lemah melutut dah masa tu,pastu kawan aku hulur aku satu beg, aku capai beg tu, ada kad birthday utk aku yang dia nk bagi masa nk jumpa aku kul 3...rupanya dia nak buat episod sambungan pas bg hadiah konon nya, masa jumpa nk bg kad lah pulak...damn!!! Aku sebak gile....aku bisik lagi...”bangunlah...!!! Awk nk main game ngan sya kan? Ok sya give up, sya kalah..." tapi dia tetap diam...aku tak tau dh nk buat apa, dia accident masa on the way nk balik campus nk mkn kek ngan aku...

member aku cuba tenangkan aku, puan raudhah pn cuba pujuk aku...katanya jasad perlu dibawak ke rumah mayat untuk dibedah siasat....Pihak hal ehwal pejara pn dah sampai utk uruskan jenazah dia. aku masih tak percaya, aku tnya roomate aku, "weh.. ko pakat ngan dia kenakan aku kan? cakap lah weh... korang main2 kan?" Roomate aku dah sebak giler, dah tak sanggup tgk keadaan aku masa tu "beb... sabar key.. kuat! kuat! ko kuat beb...soulmate ko dah x ada...trima lah" Kawan aku cuba yakin kan aku!

Sambil nangis...aku balik bilik ngan jiwa yang paling kosong aku penah rasa. airmata ni toksah cakap lah... tuhan je tahu hati aku ni. Aku cuba duduk tepi dinding sambil ingat peristiwa petang tadi, masa dia hantar hadiah kat Aku. Mcm mimpi jer...Owh... aku baru ingat aku lum bukak hadiah dia,aku tilik, aku bukak bungkusan yang hanya dibungkus dengan plastik putih....aku terpaku melihat senaskah Surah Ya-sin... and ada satu note,

"awak.....hari ni Sya nk cakap..yang sya suka awk banyak sangat....nah amik Surah Yasih ni tanda keikhlasan sya dalam hubungan ni... sya nk awk baca Surah ni tiap kali awk ingat sya,nanti kalau kita ada jodoh...insyaAllah Jodoh kita diberkati Tuhan..."

Jiwa aku kosong, mcm separuh jiwa aku dah pergi mcm tu je, aku menangis di penjuru bilik, sampai sini saja perjalanan perkenalan kami...ini realiti yang harus aku terima, Soulmate bukan sebulan kita tak kan bercakap..tapi selamanya... skrg yg ada Cuma kenangan aku dgn dia yg akan kekal di lubuk hati yang paling dalam,sampai ble2, terima kasih tuhan kerana pernah anugerahkan aku kesempatan utk mengenali insan seperti dia walau hanya utk sementara.

TAMAT.

************************

Dari situ aku insaf...Lebih baik jika perpisahan semasa hidup dari berpisah semasa mati...sekurang2nya kita berharap utk berjumpa lagi...Aku memang susah dah nk jumpa orang @ soulmate macm dia...apa pon..cinta Yang Maha Esa kekal abadi....=) Aku rindu dia banyak sgt..

Kau Pergi Jua

Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali

P/S : Woho.. kadang2 lagu nih leh wat air suam kuar dr mata aku, ces! giler emo, mcm pondan lah ko...skit2 nk nangis... erk! Hati aku luka pedih bai...

ANTARA MARAH, BENCI & AIRMATA

Posted: Wednesday, June 9, 2010 by soulmate in Labels:

Aku jumpa video ni secara tak sengaja masa walking youtube, apa lg leh aku cakap selain perasaan marah, benci dan dihujungnya airmata mengalir, sangat terkesan dalam jiwa aku,secara tiba2, tutup labtob, basuh baju, dan jemur baju bersama airmata yang masih bergenang... sambil hati bertanya, tiadakan kuasa2 yang boleh tamat kan semua ini? apakah kita disini hanya mampu membatu, membisu, menyaksikan kesengsaraan maha dasyat saudara islam kita disana... bila kah semua ini akan berakhir? *Sigh*

"Ya Allah! bantu mereka! Hancurkan Yahudi Lahanat! Israel Celaka! Sesungguhnya meraka merancang, Kau juga merancang Ya Allah! Maka Perancangan Mu Kamu lah yang terbaik! Bantulah hambamu ya Allah"



Hanya doa yang mampu dikirim dari kejauhan ini...

MENGHAYATI RABU YANG LESU, SAYU.

Posted: by soulmate in Labels:

Jam menunjukkan 9.00 pagi, pagi yang separa dewasa, semua yang segelintir mungkin masih berada dalam mistik mimpi, dingin pagi yang sebenarnya tidak wujud. khayalan yang abstrak.

Sedangkan bagi kebanyakan yang lain sudah berpusu untuk mencari sesuap nasi, berpusu mencari rezeki untuk belanja menghidupkan kehidupan agar lebih hidup.

*Sakit kepala juga kian beransur... rasa sweet ketika ini. memikirkan apa lagi yang akan dilalui hari ini, pasrah...

*sengih.
tidak perlu risau, aku diajar untuk menjadi tabah di usia muda yang senja.selagi ada usaha, selagi ada doa, kekalkan rasa tawakal..."DIA" tetap bersama kita, memerhati dari sana...

Mari, mari meneruskan kerja kerja menghidupkan kehidupan agar hidup.
Sampai disini catatan ini berakhir utk hari ini... aduyai...(Garu kepala..)

SELASA RASA SELESA

Posted: Tuesday, June 8, 2010 by soulmate in Labels:

Awal pagi Selasa, sedikit mendamaikan, rasa yang seperti hari hari semalam yang penuh dengan kebiasaan. Rutin kebiasaan yang sebenarnya harus disyukuri bukannya dihadapi dengan keluhan.

*Senyum kepada diri sendiri.

manusia itu pelik, aku juga, selalu;
rutin yang penuh dengan kebiasaan disudahi dengan keluhan,
bila ketentuan kehidupan hari itu lari sedikit dari kebiasaan, ada sedikit masalah, pun disudahi dengan keluhan, keluhan, keluhan dan rungutan.
rasa serba salah plak.

*Mula sengeh kepada diri sendiri.

Tuhan,
Maafkan aku
sebab terlalu banyak mengeluh
dan selalu mengeluh...
Layakkah aku?

BERMASALAH KER AKU?

Posted: Monday, June 7, 2010 by soulmate in Labels:

Mulai saat ini, detik ini, hari ini...

Akan aku hadapi hidup ini dengan tekad didada...
Tiap dugaan yang datang akan aku terjang...
Tiap halangan yang singgah akan aku sangkah...
Apa pun, dimana pun, apa bentuk pun...
Akan aku tempuhi dengan semangat yang membara...
Bahawa orang yang bermasalah sebenarnya adalah orang yang tiada masalah!
So.. pakat-pakat lah cari masalah!
Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang bermasalah!
Bermasalah ker aku?

(Sila jangan marah... dush! kena baling buah durian... adey..sambil berdarah hidung dalam keadaan masih tersenyum dan kepala berlubang kena duri durian haha...)

SILA BANGUN

Posted: Sunday, June 6, 2010 by soulmate in Labels:

Sudah pagi; buka mata, bangun.
menghadapi dunia untuk sehari lagi.

Tuhan,
mohon beri aku kekuatan.
mohon.

Hari ini tiada cafein, tiada biskut
Hanya 1/2 liter air masak.

Alhamdulillah atas kurnia rezeki.
Belajarlah bersyukur dlm keadaan apa pun.

AKU DAN SESUATU

Posted: Saturday, June 5, 2010 by soulmate in Labels:

Ni citer sampingan jer, tak ada yang menarik sangat pun, asek menolak jer, tadi ada orang tegur keter aku, Cantik la keter ni,Kacak la keter ni, rase nak kawin la dengan beliau " (Ayat terakhir sengaje ditokok tambah oleh penulis untuk menyedapkan cerita) Pelik tul bila aku tgk tak ada la hemsem mana pn keter aku tu cuma sedap mata memandang jer... nggeee...


Aku rase aku tengok keter aku ni la paling simple, memang ngam nga karekter & habitat simple semulajadi aku konon2nye. Tengok simplenye aku, kalo aku kuar merewang tu, aku pakai sempoi2 gitu je, kadang2 zip pn lupa nk tutup (X snonoh btol blog ni! DUSH!). Adeh. Zip beg la. Pemikiran aku pun mungkin simple jugak, aku tak paham kalo korang nak ngorat atau puji aku kiut gune ape2 kias atau peribahase. Terus terang je la. DUSH!(orang lempar kasut ke muke) abaikan je... aku dh perasan sendiri ni.

Jadi sebab tu la aku letak tajuk post ni 'Aku & Sesuatu'. Tu je aku nak cerita. Motif? OK. Aku tipu korang lagi.

Ni adelah draf 6 hari, Panjang? Saje nak cube sekali post entry menjela-jela (Lagi versi tipu) walaupun aku tau korang akan terus skip ke bawah. Banyak lagi nak share tapi terlupe dah.

Lepas ni aku nak cube post pasal isu serius pulak la. Ape pendapat korang? Aku cadangkan cadangan ditutup. haha... padan muka.

Maaf la kalo entry mmbosankn. Sekdr luahan hati dr lubuk sanubar (ayt petikn lirik lagu).

OK lah tu je utk hari ni... nanti jumpa,(perasan konon ramai org singgah blog ntahapahapantah) hehehe (gelak ahli sihir)

DUA TAHUN SUDAH

Posted: Friday, June 4, 2010 by soulmate in Labels:

Harini genap dua tahun abah tak ada, dah dua tahun tak dengar suara abah, tak borak ngan abah, tak dengar abah membebel, tak dengar nasihat dari abah, tak tengok senyuman abah... tak tatap wajah suci seorang abah, aku ingat abah sangat, siyes...

Aku kesat air mata cepat2, rasa rindu yang makin menebal... aku tengok gambar aku ngan abah, masa tu abah dukung aku. Nostagia... aku sayang memori ni. Aku sayang segala kenangan aku dengan abah. sbb hanya tu je yang tinggal skrg ni...

Abah adalah salah satu sumber kekuatan aku, penjana semangat aku.

Abah anak abah ni tengah rindu abah banyak sangat...

ITU AKU

Posted: Thursday, June 3, 2010 by soulmate in Labels:

Ini adalah entry khas aku nak lepas geram, adakah bulan ini bulan yang leh wat banyak orang geram? Geram ni banyak sebab, sebab suka pun ada sebab marah pn leh jadi, tapi apa yang jadi kat aku geram sebab marah! Aku tengah marah ni GGgggrrr...

Bila aku marah ni haram lah aku nak buat keje... nak plak aku geram sebab office mate, hmmm... lagi aku tak ada mood nak wat keje! Sebab geram hari nih aku nak enjoy! (tak geram pn enjoy gak muhehe..)

Ptg semalam aku ajak kawan aku g release tensen (atas ugutan kalau dia tak nak teman aku tak nak settle hutang dia hehe.. kejam... kejam..!)

Sambil teman kawan aku shopping,tanpa sedar aku pn terjebak sekali, hampasgas utk dia (padahal salah sendiri)

Hmm.. berbalik citer semalam, aku tetiba teringat zaman2 skolah dulu, tapi yang pelik nape lah saat2 mcm ni rasa mcm nk jer kembali ke alam tu, org cakap zaman tu adalah syurga dunia bagi setiap orang.

Masa skolah tadika dulu tak berapa nk ingat sgt la sbb masa tu kira bawah umur sgt2, tapi mak aku nurse memang tegas skit la, dlm umur 4 tahun dah kena buat sendiri, mandi, pakai baju and kakak akan tolong pantau. Gi skolah abah anto & sampai skolah cikgu jemput. Mostly mcm kanak2 riang lain gak la.

Pas tu masuk skolah rendah nakal dan galak semacam je. Main lasak sampai kulit pn hangus. Igt lagi masa dapat result UPSR plan A aku beriya nk masuk MRSM, mintak tolong kakak and abah aku gi amik borang kat bangunan mara, punya lah beriya, niat hati nk blaja hidup berdikari, konon nk merasa hidup dok asrama, Lastly, tak ada 1 pn tawaran dr MRSM sampai, punyalah tak adil, kekawan yg dapat result sama mcm aku dapat plak..so abah tukar plan B.

Kna masuk sekolah agama. Masa ni jiwa aku mmg memnberontak giler! Mau tak matapelajaran total sume bebelas-belas tu... kena pakai tudung labuh, kena pakai jubah, kena attent usrah, kena bangun qiamulai, kena hafazan, arghhhh...memula tu dgn muka yang bermasalah dalaman & terpaksa aku teruskan rutin hidup sampai satu masa tu aku dah jatuh hati ngan sekolah aku tu. Best jgk sekolah agama ni... bukan best jugak la, memang sgt best...lalalalala....

So sebenarnya aku adalah budak skolah agama (haha.. sila bangga dengan galaknya),teringat lak nostalgia sekolah lame aku dulu, ngggeee.. Sekolah Menengah Ugama a.k.a SMU(Arab)Maktab Pengajian Islam. Aku pun tak suke bagi tau orang yang aku dari sekolah agame. Mostly member aku sekarang (kat kuantan @ yang baru nk kenal aku) pun tak tau aku dari sekolah macam tu. Kantoi pun sebab ape entah atau diorang usha kekawan lama @ jiran aku. Maklum la perangai aku bukan la mcm budak skolah agama lain pn. Hampeh semacam.Tetiba aku rasa mcm rindu giler nk mati ngan suasana kat sekolah aku dulu. Satu suasana yang mana kalau kita dok masuk dalam tu, kita akan rasa nyaman, rasa tenang, rasa selamat,rasa selesa, rasa beriman, bertakwa dan tawaduk agak2 lebih kurang la... aku bukan nk poyo tp seyes! Wah aku memang dah instead dr x suka tahap nenek gaban pd mulanya kepada suka giler nk mati...aku pn tak tau macam mana aku leh dapat rasa mcm tu entah!

Aku mase sekolah tu memang baik habis(perasan sendiri). Orang2 tua kate, pijak semut pun tak mati, siap semut gelak balek, jalan pun boleh tersadung kaki kalau terlanggar semut berbaris kat lantai. Boleh bayangkan tak? Kalau makcik pakcik jumpe aku mase dulu kat sekolah tu mesti kagum. Dalam hati tu dah pasang angan nak ajak jadi menantu. DUSH! (kena tumbuk kat perut sebab terlebih perasan)

Pernah masa time Qiamulai kat surau sekolah, tetiba mata ni ngantuk semacam jer... setan pn tengah galak dok menghasut sambil gayut kat mata aku, ntah apa kejadah nye sampai kat posisi sujud aku terlena, malu siot sedar2 masa tu sume org tgh berdoa dah... apa lagi esok kena punish nga warden cuci tandas sekolah... sampai dr titik hitam tu lah aku jd agak glamer... (Sila bangga dgn galaknya...)

Hmm..Biase2 je la kat sekolah agame tu kalau kena tolak ke depan suruh jadi ketua usrah, hafal surah2 lazim yang panjang atau kena lead doa. Kalau pegi kat tempat jin bertendang ni, meludah bahu kiri je, semua puaka bertempiaran lari. OK. Sila abaikan ayat terakhir tu.

Bukan nak cerita pasal aku mase mude2 dulu. Nak cerita pasal nostalgia (gile annoying dengan banyak perkataan ni) aku kat sekolah dulu je. Kat sekolah ni la zaman remaja aku membesar. Kenal kawan2 baik, jahat dan sekepala. kenal ape itu best buddies atau dalam bahasa zimbabwe "kawan karib" Kenal insan2 nerd ala2 innocent(sambil buat senyuman keji). DUSH! Kenal kehidupan dan banyak lagi. Memang terkesan banyak la zaman sekolah tu kat aku. Gile rindu zaman tu. Kawan2 kelas aku semua dah tercampak berterabur, ada blaja kat Mesir, Jordan.Yang kat mesia ni pn ramai tapi sure UIA la... Yang latest ni sorang kawan aku (bukan aku) nak fly ke Jordan amik PHD. Aku je fly kat dalam Mesia pastu takat Diploma je... (Ada angan2 nk sambung, tapi x ada usaha la...) Mmm maybe sebab aku kurang bijak & malas kot...lg plak tahap kesihatan aku, haish! malas lan nk recall balik part2 yang leh matikan mood aku sekaligus buatkan aku rasa, entah! Dah takdir aku... redha adalah jalan terbaik.

tamat!
(kan dah cakap... sepoi mood tul, banyak lg aku nka citer sbnrnya, tapi... hailah diri!) - sign - Sambil geleng kepala slow motion...

P/S, kalau korang rase annoying dengan perkataan 'nostalgia' tu sila gantikan dengan perkataan yang seertinye dengan firasat korang sendiri. Jangan la letak perkataan peti sejuk atau mesin basuh atau yang tak berkaitan pulak.

Aku sepatutnye update blog ni semalam tapi aku kna punish dgn bos ( Kna kunyah report) sebab sale kurang, Ade sape2 nak join?

O.V.E.R.D.O.S.E

Posted: Wednesday, June 2, 2010 by soulmate in Labels:

Hari ni aku mengalami situasi terlebih dos kegembiraan... muhehe..harini tetiba rasa nk bersajak plak, tapi sori lew klu tak berseni, dulu masa time2 jd student giler gak bersajak puisi ni, cuma skrg je nih tak kreatif campur lak otak beku dan berkarat, lagi plak tak ada ilham yang nak dijadikan sumber, apekah? Pape pn sajak ni tuk sape2 saje yang sanggup menyudikan diri masuk blog hampeh aku ni and bace entry merapu aku. Sape suruh... Aik? nape posting aku lewat arini ek? biasa pepagi dah ada entry...korang pelik tak? aku pelik nih... sila jangan pelik, meh layan puisi aku.

Kasihku...
Kasih ku umpama ombak
Dimana ada pantai disitu aku sampai
Kasih ku juga umpama embun
Walau mudah punah ditelan mentari
Namun aku bisa menyejukkan hati
Kasihku ...
Tidak boleh di jual beli
Tidak bisa ditukar ganti

Tapi yang pasti...
Boleh dibahagi-bahagi...
(Muhehehe...acah je...)

P/S : Dush! kena baling kasut...sila jangan keji...nak keji jgk? Keje lew... tak marah pn...