Iklan Best Pasal Rokok

Posted: Friday, October 15, 2010 by soulmate in Labels:

Salam...

Hari nih nak citer pasal rokok, walau pun aku tak hisap rokok, heee.. masa kecik pernah kebas rokok abah aku 1 batang,giler nak mati doh kena tibai ngan mak aku,(nak mati? silap-silap kena bunuh ngan mak aku)tapi isu rokok ni tetap menjadi antara isu hangat yang tak pernah padam, sejak dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah info yang kita dapat majoriti adalah negetif, cuma ada lah skit kebaikan merokok ni...antaranya:

1) Leh meriahkan lagi icu, sebab icu nih jarang penuh
2) Bagi menambahkan pendapatan kat penggali kubur/pengurus jenazah
3) Mengkayakankan lagi pengusaha tembakau...

kat atas tu apa yang ambo sempat pk je la rasanya banyak lagi kot...

Hmm.. kat Malaysia tercinta nih iklan merokok setakat tangkap muat jer, setakat "TAK NAK" rasaya tak bagi apa-apa impact sgt pn,cuma ada lah iklan yang terbaru kes jururawat dgn 3 kisah pesakit perokok tegar,tersentuh jugak lah sape yang tengok,tahniah pada pengarah iklan tu.Gambar kat kotak rokok pn impact nye hanya mula-mula kemudian ada plak org yang IQ tinggi dalam business cipta case utk tutup gambar kat kotak tu... laku plak tu.. tapi aku tgk iklan kat negara luar lebih agresif dari iklan kita, maybe Malaysia dah leh mula practice tayang iklan ni...