GELAK

Posted: Friday, April 30, 2010 by soulmate in Labels:

Salam, semalam tak ada entry sbb aku tengah galak bercinta dengan buah hati baru, bkn lg si HP tp si compaq, kasih akukan leh dibahagi-bahagi (Buwahaha...gelak sensasi masakini)Chill, aku baru je beli notebook baru, so semalam amik masa utk beramah mesra memadangkan kami jatuh hati secara tiba2, ahaks!

Nka bukak citer...nape ntah, selain suka wat orang gelak, aku memang tak boleh elak dari gelak. Benda sedey pun aku leh gelak,lagi la benda lawak. member selalu gak complain pasal habitat (yang kononnya tak berapa nk normal) aku ni, buat dorang susah nk agak ble time aku sedey, ble time aku marah, ble time aku suka sebab, aku asek gelak.Korang tak gelak pun aku gelak.Korang marah pun aku gelak. Aku marah pn aku gelak. Senang cerita, aku memang suka gelak. Hahaha.. hehehe... ekekeke... buwahahaha.. mcm2 gelak & gaya... yang penting sume tu leh wat aku bahagia. Wat aku tenang. Hidup terlalu singkat utk ditangisi bai...apekah?

Member penah guna dialog ni kat aku:
"Bai! ko ni tak de prasaan ker?"
"Ko ni plastik ker?"
"Hati ko ni hati jenis kayu ker?"
"Ko ni apa masalah asek gelak?"

Gelak ni satu masalah ker? Kalau betul maknanya aku ni bermasalah lah? (Sambil gelak...)Orang cakap org suka gelak mudah jd pelupa, orang suka gelak ni awek muda, orang suka gelak ni pemeriah suasana, cikgu aku pernah cakap dengan aku dulu, aku takkan lupa ayat dia "Orang suka gelak ni bukan happy sangat,tapi dia buat untuk orang lain". wah... yer ker? lepas tu dia jeling kat aku. Entahlah,kadang-kadang aku gelak bukan sebab lawak pun, tapi sebab rasa macam janggal.Gelak dapat tutup segala yang kita rasa. Dapat jadik concealer. Suka! suka!suka! aku kn pelakon terhebat. Kadang2 aku pn konpius aku gelak ni utk ape? Untuk diri sdiri ke untuk sape? Haish! salah ke kalau aku suka gelak?

Tapi aku paling tak suka kalau aku terlebih gelak.Sebab gelak lebih-lebih mesti akhirnya dia menangis.Tapi maybe kekadang ada kebetulannya, Wallahualam.

P/S: Lupa, sekarang tak leh nk gelak sbb tengah pakai mask! Hahaha... (abis, mask aku, hampagas betul padahal salah diri sendiri)

Annoying giler ngan perkataan gelak, dah memang tajuk dia pn gelak nak buat cam ner? Kalau korang rasa annoying sgt sile ganti dengan perkataan yang korang rasa sesuai, jgn lak korang ganti ngan blandder @ hanger lak...pepandai la yer...

LAYAKKAH?

Posted: Sunday, April 25, 2010 by soulmate in Labels:

Tuhan,
layakkah aku meminta madu,
sedangkan yang aku beri cuma hempedu,

Hinakah ambo tetap mengadu,
namun diri sudah tidak termampu,

diri dan hati,
semakin lemah dan layu.

Tuhan, aku mohon teguhkan hatiku, tolong aku Tuhan,

KETAWA

Posted: Monday, April 19, 2010 by soulmate in Labels:

AKU suka TAJUK ni...
Ketawa walau hanya plastik,
walau hanya satu paksaan,
walau hanya utk jga hati orang lain,
tapi hati sendiri? Hanya tuhan yang pasti mengerti.
Jangan pentingkan diri sendiri,
Biarlah asal ia menyenangkan orang lain...
kerana untuk menghadapi kesakitan itu,
ketawa itu salah satu penawar,
walaupun sudah imun.
*SIGN*

PUISI BUAT TUHAN

Posted: Thursday, April 15, 2010 by soulmate in Labels:

.Puisi buat Tuhan.
.dari aku.hambaMU yang penuh dosa.
.duduk di bilik. seorang diri. menghadap komputer.
.secangkir milo panas.Jacobs yang hampir habis.
.kipas yang berputar.
.di luar hujan turun sekali sekala.
.kaku.beku.bisu.
.lagu lagu yang berputar.aku pilih dari folder muzik.kedengaran di corong headphone.
.berteman semua ini.aku ada.
Ku tukar kpd irama kalimah Ilahi
.Tuhan. mengapa begini perjalanan hidup ini.
.aku pasrah dalam kesedihan.aku bertenang dalam keserabutan.
.aku bersabar dalam kesukaran.aku tabah dalam kekecewaan.
.longlai aku ter jatuh.menahan sakit.
.demam belum kebah.migrain kian terasa.
.aku pejam mata.
.dan.
.berharap.
.tatkala mata terbuka kembali.
.segalanya akan pulih.
.Tuhan.
.aku berharap.
.aku berdoa.
.sungguh sungguh.
.dengan apa yang aku ada.dengan apa yang aku telah lakukan.
.Tuhan.
.aku sedar.
.aku tidak layak meminta.
.dosa aku banyak.
.amalan aku sikit.
.namun.
.kepada siapa lagi harus aku pinta.
.kepada siapa lagi harus aku mohon bantuan.
.aku lemah dalam perjalanan ini.
.otak beku.jiwa kacau.minda kosong.
.apa harus aku lakukan.
.Tuhan.
.tunjukkan aku jalan yang benar.
.Tuhan.
.aku tidak tahu harus bagaimana.
.apa harus aku lakukan.
.keliru.
.resah.
.gelisah.
.serabai di hatiku.Celaru di kehidupanku.
.Tuhan.
.tolong aku. aku sayu.
.Tuhan.
.bantu aku.aku buntu.
.pejam mata erat erat.
.terasa ada air mata mengalir lagi.
Aku rindukan kehidupan aku dulu
Sihat seperti org lain
melakukan apa saja tanpa bantuan org lain...
Tanpa menyusahkan org lain
Punyai teman seramai mungkin
Sudah lama aku tidak ketawa paling riang
Senyum paling manis...
Rindu... sungguh-sungguh...

SANGKA BAIK vs SANGKA BURUK

Posted: by soulmate in Labels:

Ada sangka baik, Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka 'RIAK'
Orang rilek disangka 'MALAS'
Orang pakai benda buruk disangka 'HINA'(Zuhud)
Orang pakai benda baru disangka 'MENUNJUK'
Orang makan banyak disanga 'PELAHAP'
Orang makan sikit disangka 'DIET'
Orang yang baik disangka 'JAHAT'
Orang yang jahat disangka 'BAIK'
Orang senyum disangka 'MENGEJEK'
Orang masam disangka 'MERAJUK'
Orang bergurau disangka 'SINIS'
Orang termenung disangka 'MENGELAMUN'
Orang menolong disangka ada 'MAKNA'
Orang tak ambik kesah disangka 'SOMBONG'
Orang bermuzakarah disangka 'MENGUMPAT'
Orang diam disangka 'MENYENDIRI'
Orang menawan disangka 'PAKAI SUSUK'
Orang ceria disangka 'MEMBELA'
Orang rapat disangka 'ADA HUBUNGAN'
Orang renggang disangka 'BERMUSUHAN'

Mana tahu yang DIAM itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tau yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH
mana tahu yang BERGURAU itu PENGUBAT DUKA
mana tahu yang MASAM itu kerana mengenangkan DOSA
Mana tahu yang MENAWAN itu kerana bersih HATI & MINDAnya
Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS CERDASnya
mana tau yang RAPAT itu kerana SILATURAHIMnya

P/S: " Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya dan sekali gus menilainya"