Allah Sembunyikan 6 Perkara

Posted: Thursday, September 30, 2010 by soulmate in Labels:

SALAM...

Aku dapat e-mail ni dari seorang kawan lama, memang lama tak jumpa dekat 10 tahun, dia telah berjaya jejak aku dalam facebook... hmmm... itu lah berpisah semasa hidup lebih baik dari berpisah semasa mati, sekurang-kurangnya kita berharap untuk berjumpa lagi... dan email pertama dia untuk aku memang banyak manfaatnya,tergerak hati nak kongsi entry ni...baca je lah senang citer..heeeeee...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Waallahualam..

Fakta Atau Auta

Posted: Thursday, September 23, 2010 by soulmate in Labels:

MEH KITA MAIN GAME 12 TANDA-TANDA KITA DILAMUN CINTA Muhehehe...


DUA BELAS:
Anda selalu bergayut dengan si dia sehingga larut malam dan apabila anda tidur anda masih fikir akan dia.

SEBELAS:
Anda sebenarnya berjalan dengan perlahan apabila anda dengannya.

SEPULUH:
Anda tidak merasa Ok apabila si dia berjauhan.

SEMBILAN:
Anda tersenyum apabila anda mendengar suara si dia.

LAPAN:
Apabila anda melihat kepada si dia,anda tidak nampak orang lain sekitar anda. Anda melihat hanya si dia..

ENAM:
Si dia adalah segala-galanya anda hendak memikirkan.

LIMA:
Anda menyedari yang anda tersenyum setiap masa anda melihat kepada si dia.

EMPAT:
Anda akan melakukan sesuatu untuk berjumpa si dia.

TIGA:
Manakala anda semasa membaca ini, terdapat seseorang dalam fikiran anda sepanjang masa.

DUA:
Anda telah begitu sibuk memikirkan si dia sehingga anda tidak perasan yang no TUJUH adalah tiada.

SATU:
Anda akan memeriksa semula di atas jika yang adalah benar dan kini anda akan tersenyum sendiri..

Malas Tahap Cipan

Posted: Sunday, September 19, 2010 by soulmate in Labels:

Saat-saat paling susah sekali dalam konflik dalaman bagi aku adalah nak mulakan tugas atau kerja lepas cuti panjang, nak plak cuti raya... alamak... seksa tul,masa bangun pagi tadi dalam kelapa otak ni dok pikir alangkah indahnya kalau hari ni baru sambut raya, Tapi nak wat macam mana terpaksa la gagahkan jugak hati dan jasad yang dah memang tak gagah mana pun... (liat tul lah...) ada sape2 nk bagi muntah badang tak utk aku jdik kuat balik? Heeee... untuk terima kenyataan yang hakikatnya hari ni kena kerja and raya dah lepas.Pas mandi pening kepala lak nak pakai baju apa... langut punya langut hmmm... amik je lah yang mana ok lagi pn raya ari tu dah raya sakan pun... pas sarapan trus drive dtg ofis... hmmm... tengok lak meja yang ntahapahapa... lagi tak ada mood nak kerja... tapi terpaksa la jugak kutip sisa-sisa semangat yang masih ada ni... pengang pen tak kena... buka laci tak kena... kat mana harus aku start kerje aku ni? Waaaa... tulun... Nasib baik ada blog leh gak jadi semangat skit...

Salam Lepas Raya

Posted: Wednesday, September 15, 2010 by soulmate in Labels:

Hehe... bahang raya pun dah makin surut, sekarang sume dah start keje smula, dah start balik dari kampung ke bandar... kembali kepada fitrah, kini Hari raya kian berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan Almubarak, tapi Allah itu maha adil, bagi sape yang rasa tak cukup lagi utk menghambakan diri memungut bonus pahala dibulan Ramadhan, masih ada lagi peluang yang kita boleh rebut dibulan Syawal. Puasa 6 hari di bulan Syawal yeah...atau biasa kita sebut puasa 6 la... banyak dalil2 yang menyatakan puasa 6 hari dibulan Syawal ni banyak fadhilat nya :

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)


Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

Andai ada kesempatan meh kita pakat rebut peluang ni... sambil-sambil berdiet lepas banyak makan di musin Raya ni... alah puasa sebulan boleh tak kan puasa 6 hari tak leh... muhehehe...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted: Friday, September 10, 2010 by soulmate in Labels:

Mohon Ampun Dan Maaf Pada semua andainya:

Terkasar bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik ditelinga
Terhantuk dikepala
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila
Terbermacam-macam "TER" lagi yang tak kena mengena

SEMOGA DIMAAFKAN HENDAKNYA JUA UNTUK;

Janji yang terabai
Hati yang berprasangka
Lisan dan pena yang terlanjur
Dan jua semua sikap yang menyakitkan