AKHIRNYA AKU TUNAIKAN JANJI AKU

Posted: Tuesday, July 20, 2010 by soulmate in Labels:

Salam...
Apa khabar iman di jiwa? harap2 masih istiqomah pada landasan yang lurus...

Sape x tau citer klik disini

Ok.. pasal relationship kan? Erm... aku mmg sejak dulu tak berapa percaya sgt sesebuah relationship ni akan bertahan pada tahap yang lama, paling tidak kita akan ditinggal kan atau kita yang meninggalkan... tak kira lah relationship tu atas dasar apa...kekasih, sahabat atau teman... tp surely relationship kekasih dan sahabat lah yg akan meninggalkan kesan yang mendalam ble berlaku apa2 kemungkinan kan? sangat kesian dan menyakitkan...

Korang pasti tau, sesuatu relationship tu adalah sesuatu keistimewaan yang dapat mengisi kekosongan penjalanan hidup kita, nk plak relationship tu adalah sesuatu yang kita mula menghargai akan kewujudan dia... then tetiba kita disingkirkan dengan cara yang sangat tidak berhemah, hesh!

Pendek citer mcm ni la... kononnya kita tak tau pn kita dh buat salah ngan kawan kita, atau memang kita x salah pn klu dipikirkan balik, tapi dia menghukum kita dengan hukuman yang langsung tak setimpal, then puas kita merayu, mencuba dan berkali2 momohon kemaafan walau pn kita masih confuse 'betul ke aku salah?' tapi kepentingan diri tolak tepi, janji kawan bahagia, tak kesahlah kita kn kawan. Tapi niat baik kita langsung tak dapat penghargaan, call tak jawab, msg x reply, ibarat usaha dipandang murahan, dan dia still tetap dengan hukuman dia, mcm kita dah buat satu kesalahan yang tak mungkin utk dimaafkan lagi, ibarat langsung x menghargai orang yang sangat tau menghargai... sbb klu nk kire aku leh buat x tau je atau lebih kasar buat bodow jer...atau set dalam kepala menjadi selfish sekali sekala tiadak menjadi satu kesalahan, peduli hapa? kita juga ada hak utk rasa gembira. Tapi... tapi.. ni yang tak best nya... "aku bukan jenis orang yang tergamak" dan mudah rasa bersalah tahap tapak kaki bile org yang kita anggap kawan yang selalu spend masa bersama, yang dah mcm kawan yang saling memerlukan, orang yang close giler nak mati, berkepit kesana kemari, bila bersama ketawa tak hengat dunia secara tetiba menjadi sejuk, beku, dingin dengan kita. Tak adil!

Then bila semua dah chill, bile satu masa ble dia dah sedar kebenaran kita, dan tau dia juga dipihak yang salah tanpa perasaan bersalah dia datang say "hai..im back.. long time no see" atau " bai.. jom minum lama x lepak sama2..." wahhhh... seolah mau kembali mcm dulu2... mcm tak ada apa2 berlaku dan mcm kita ni bkn manusia yang ada hati dan perasaan utk diperkotak katikkan, weh...hati aku pn seketul daging jugak... boleh merasa da terasa...agak2 korang la rasa pedih tak? sakit tak klu korang dok kat tempat tu? Tak rasa kekurangan ker bila tak ada perasaan utk menghargai? Aku tak mintak apa2 tp cukuplah kalau kawan kita tu tau apa yang patut dan apa yang tak patut dia buat sebagai seorang kawan.

Bagi aku la sejak dulu dan sampai skrg kawan atau teman atau sahabat ni sgt istimewa kewujudan mereka, cuma mcm mana kita menterjemahkan penghargaan diatas anugerah mempunyai seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama, yang menjadi kekuatan disaat salah seorang menjadi lemah, yang sanggup memberikan bahu utk ditumpang bersandar... pendek kata kawan yang saling memerlukan, yang sanggup berkongsi apa saja rasa bersama, sebab segagah mana pn kita, kita tak leh nk lari dari saat dan ketika yang mana kita amat memerlukan seseorang utk berada disisi menemani. Itu fakta.

Tapi mengapa aku rasa kasih sayang sebagai seorang sahabat amat murah harganya... hailah! tetiba aku rasa mcm dah terbiasa sangat kasih sayang yang aku hulurkan tak akan mendapat balasan yang setimpal. Merungut pn tak guna, terima lah selagi terdaya... atas sebab itu jugak aku ni amat susah nk berkrompomi dengan kepercayaan dalam relationship ni, sbb nya aku takut bila aku memulakan atau menerima sesuatu perkenalan baru.....esok lusa bila aku sudah mula menghargai relationship tu...then tanpa tau kenapa, aku akan kehilangan dan sesungguhnya aku paling benci dengan rasa kehilangan, rasa tu tak best langsung, sebab bila semua itu terjadi....aku tidak akan mampu berbuat apa-apa... selain merasakan sangat terkesan dalam lubuk hati yang paling dalam dan melalui rasa keseorangan yang sangat perit utk dilalui bilamana kita sudah terbiasa dengan suasana ada orang menemani. Aku bukanlah seorang kawan yang demand pn aku cuma mau menjadi seorang kawan yang diumpama sebagai seorang kawan bukan seorang kawan yang tak dianggap.

Aku ni jenis siyes cakap aku suka memendam rasa, mengalah dan tidak pernah rasa ianya satu kerugian, ibarat seorang yang sanggup buat apa saja untuk kebahagiaan orang lain, kadang rasa mcm lilin, sanggup membakar diri untuk melihat orang lain riang gembira dalam sinaran cahaya, giler kan? Ibarat burung yang terbang terlalu tinggi then ble terjatuh aku yang merasa sakitnya! Iya lah.. ble kita dah buat yang terbaik utk seseorang mestilah bile dia buat sesuatu yang boleh dianggap terburuk, kita totally tak leh terima dengan hati yang lapang. Bile dah jadi mcm tu kekadang aku rasa aku nk didik diri aku jd selfish, tapi maybe kelemahan aku, bila orang merayu2, wat muke kesian, lantas membuat aku terkesima dan akhirnya kalah dengan pertempuran utk menjadi seorang selfish tegar, lalu aku jd seorang loser lagi, eceh! ayat tak leh blah!

Aku sangat menghargai sebuah perkenalan yang wujud dalam hidup aku, Entah! tapi sayang tidak semua antara mereka itu akan kekal menjadi sahabat, dan rasa kehilangan itu bagai sesuatu perasaan yang kita sendiri tak sanggup untuk hadapinya tapi nak tak nak kna face it gak. entah lah... bila terlalu kerap rasa kehilangan, aku mula sedar dan rasa mcm aku tidak patut memulakan atau menerima sebuah perkenalan lagi, cukuplah setakat sampai disini atau mungkin menerima dan memulakan tapi tidak mungkin sbgai best buddies yang bagi aku bukan setakat berkongsi susah dan senang tp menjadi kawan yang sentiasa ada disaat salah seorang memerlukan.

Tapi tu lah, susah sangt ke bagi orang2 yang aku dah anggap dia kawan utk hargai hati dan perasaan aku yang mungkin dia jugak anggap kawan, aku rasa tak susah pn...mungkin aku patut jadik mcm dulu2,lonely... masa dulu aku selalu je ignore orang yang nk kawan ngan aku walaupn aku tau mereka kawan yang baik sebab aku sedar diri, aku tau condition aku masa tu menyusahkan kawan so jauhkan diri utk tidak menyusahkan, jadi aku angkat kaki pergi. Aku tengok je kawan yang baik-baik berkawan dengan orang lain, teringin nk dekati tapi keadaan diri tak mengizinkan, hanya tersenyum dari jauh, teringin, tapi aku sedar diri.Kawan yang baik macam mereka,tak patut ada kawan macam aku. Tapi itu dulu... skrang bile time aku dah bersedia utk berkawan dan jadi seseorang kawan yang saling memerlukan, ini pulak yang aku dapat, *sign*

Aku memang agak susah nk jadi best buddies pada sesiapa saja secara tiba2, agak mengambil masa utk rapat, biasanya aku akan kawan2, kenal2, spend masa together gether, then tanpa sedar aku tak tahu bila aku mula jadi best buddies dia dan angap dia adalah sahabat aku, dan aku tak nak tahu sikit pun apa sebabnya aku dah mula appreciate dia. Aku tak nak cari sebab kenapa dan apa daya tarikan dia sehingga berjaya mengheret aku utk menjadi kawan rapat memandangkan aku ni seseorang yang amat susah mempercayai orang lain selain diri sendiri, dan sebabnya aku tahu, kalau aku menerima kewujudan ukhwah ini kerana dia adalah begitu dan dia adalah begini, then sampai masa kemahuan dan percarian aku dah grab, aku akan rasa puas dan rasa mcm tak ada yang luar biasa dah dan maybe beralih pada yang lain, so aku mengelak dr meletakkan syarat2 dalam relationship, mujur aku bukan jenis habis manis sepah di buang bersepah2... aduh! sadissss...hahahaha... (gelak ahli sihir)

Cuma satu yang aku nk cakap, kawan ni mcm belon skali kita dah lepaskan dia pergi kita tak kan dapat dia balik dah... kena hargai kawan selagi ada, jangan bile dah hilang dan ruang2 kosong yang dah kita tinggalkan dipenuhi oleh orang lain, baru kita nk claim yang benda tu adalah hak milik kita, sedangkan satu masa dulu kita tak pernah hargai apa lagi sedar kepentingan dia dalam hidup kita...

Hidup ini susah kita nak duga..kadang2 kita rasa dekat sangat dengan seseorang itu tapi sebenarnya jauh,walaupun kita dapat melihat senyuman manis dia tapi belum tentu hati dia kita dapat selami..mungkin kadang2 kita dapat tengok dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya..bila dia menangis kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tak disenangi..rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan & siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita akan jatuh..Adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan..ALLAH Maha Mengetahui..

P/S: Keikhlasan hati aku bukanlah utk dibalas, cukuplah sekadar jadi kenangan waktu berjauhan.

WANITA DIBERI KEMULIAN OLEH ALLAH

Posted: Saturday, July 17, 2010 by soulmate in Labels:

Sori dah lama sangat aku tak login sini (lagak perasan konon ramai org blogwalking sini, kikikiki...) lately byk sangat benda sedih yang datang secara bertubi-tubi dalam hidup aku, tapi bersungut pn tak guna, andai itu takdir aku terima dan jadikan aku semakin kuat dan imun, aku harus menterjemahkan erti sabar dan redha yang sebenar, bukan terus menerus bersungut, komplain, tanya itu dan ini, kenapa dan mengapa... just terima setiap kesedihan yang berlaku sebagai teguran atau peringatan dari yang maha kuasa.

Ok dari tajuk aku bukan nk buat ceramah agama tapi aku nk kongsi satu email ni, selama ni ramai org ckp dalam islam kaum hawa sering tidak mendapat hak dan keistimewaan, tp dari sudut lain, siapa tahu betapa sayangnya Allah pada kaum wanita dan betapa tingginya keistimewaan yang dikurniakan.

(Aku trus copy and paste jer...malas nk ringkaskan dan taip balik, sila jangan kutuk)

Kaum wanita masa kini kononnya sama macam lelaki juga, apa lelaki boleh buat wanita pun boleh buat. Maka timbullah NGO atau kumpulan2 yang memperjuangkan hak asasi wanita dan meminta hak samarata dengan lelaki. Malah mereka juga ada yang terlanjur mempertikaikan status wanita di sisi Islam spt:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki.
4. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri.
7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN WANITA”.

Cuba kita lihat kenyataan sebaliknya ?

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?

3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki,
Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap! 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteri
Wanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita

SHARING IS CARING

Posted: Friday, July 9, 2010 by soulmate in Labels:

Everything Happen For A Reason

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there...to serve some sort of purpose, teach you a lesson or help figure out who you are or who you want to become. You never know who these people may be but you lock eyes with them, you know that very momentthat they will affect your life in some profound way.

And sometimes things happen to you at the time that may seem horrible,
painful and unfair, but in reflection you realize that without overcoming those obstacles you would never realize your potential, strength, will power or heart.

Everything happens for a reason. Nothing happens by chance or by means of luck. Illness, love, lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test limits of your soul.

Without these small tests, life would be like a smoothly paved, straight, flat road to nowhere safe and comfortable but dull and utterly pointless.

The people you meet affect your life. The successes and downfalls that you experience can create whom you are, and the bad experiences can be learned from. In fact they are probably the most poignant and important ones. If someone hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them because they have helped you learn about trust and the impor tance of being cautious to whom you open your heart.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but also because they are teaching you to love and open your heart and eyes to little things. Make every day count. Appreciate everything that you possibly can, for you may never experience it again.

Talk to people whom you have never talked to before, and actually listen. Let yourself fall in love, break free and set your sights high. Hold your head up because you have every right to.

Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, no one else will believe in you. Create you own life and then go out and live it.

p/s : Dari sini aku belajar tiap yang berlaku ada alasannya tersendiri yang kita sendiri tak pernah sedar dan cuba utk selami sekaligus mengakui redha dan sabar itu sangat indah.

MAKNA SEORANG 'TEMAN'

Posted: Tuesday, July 6, 2010 by soulmate in Labels:

Woha.. aku nk mintak maaf banyak2 sbb aku x sempat lagi nk sambung balik entry hari tu, dan sampai skrg aku masih x ada mood, mungkin badi kentut kawan aku tu masih menyelubungi hidup aku sejak akhir-akhir ni, pape pn aku akan tetap tunaikan janji aku cuma lambat sikit, sila jangan marah... dush! blushing beramai2... muhehehe...

ok, harini aku nk post satu entry ni, sangat menarik jalan citer dia, aku suke...suke..suke... (utk mengambarkan perasaan sbnar), tpi penat jgk lah aku nk translate kan ke bahasa yang korang senang nak faham... harap korang hargai dan sila bangga dengan galak segalak-gakaknya...

Tanjuk : Dah ada kat title entry
Tempat kejadian : tak dapat dikesan
tarikh kejadian : tak ada sape yang tau

Ada dua teman karib atau dalam bahasa melayu kuno best buddies sedang dalam perjalanan, kemana? tak dapat dipastikan, korang bayangkan lah sendiri mengikut imaginasi masing2. Sahabat dan Kawan namanya. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, puncanya? Juga tak dapat dipastikan dengan tepat, tapi dorang memang bertengkar la... Tanpa sedar tetiba kawan tidakdapat menahan amarah kemudian berlaku sedikit tolak menolak sehingga Kawan menolak sahabat sampai terjatuh. Walau pn sahabat terasa sakit dan agak sedih, tapi dia tidak melawan, malah masih mampu mengukir senyuman, biar pn ianya plastik, Tanpa bercakap walau sepatah haram, eh silap, sepatah kata... lalu Sahabat menulis di atas pasir.

'Hari ini temanku menolak ku sampai jatuh.'

Lalu mereka meneruskan perjalanan hingga bertemu dengan sungai yang sangat sejuk airnya, mereka pn berhenti untuk berehat dan membersihkan badan atau dalam bahasa melayu purba 'mandi'. Namun siapa sangka sungai itu teramat dalam sehingga Sahabat hanyut dan nyaris tenggelam tapi berjaya diselamatkan oleh Kawan. Puas kawan cuba menyelamatkan Sahabat dan Ketika Sahabat sedar dari pengsan yang tidak memakan masa begitu lama (ayat tak leh blah...haha) dan rasa fobianya hilang Sahabat bangun dan sekali lagi menulis, tapi bukan lagi di pasir sebaliknya menulis diatas batu.

'Hari ini temanku telah menyelamatkan nyawaku.'

Melihat apa yang dilakukan Sahabat, Kawan berasa hairan bin ajaib cucu kepada pelik lalu terus bertanya kepada sahabat.

'Kenapa waktu aku menolak kau hingga terjatuh, kau menulis diatas pasir dan sekarang apabila aku menyelamatkan kau, kau menulis diatas batu pula? Aku tak faham lah dengan kau ni... entah pape!"

Sambil menggaru kepala yang tidak gatal...

Sambil tersenyum lalu sahabat memberikan satu jawapan yang sangat2 terkesan pd sesiapa saja yang mendengarnya, kata Sahabat :

'Ketika seorang teman melukai hati aku, aku akan menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus luka dihati. Dan apabila teman aku melakukan sesuatu kebaikan kepada aku walaupn ia sekecil apa pn aku harus memahat diatas batu hati agar aku tetap mengenangkan nya, dan tidak hilang tertiup waktu begitu saja.'

Tanpa terduga, kawan telah menitiskan airmata mendengar jawapan yang begitu mendalam dan indah maksudnya, sangat ikhlas dan tulus, tanpa sedar kedua-tua teman baik itu akhirnya ketawa bersama, bahagia menikmati pemandangan yang indah disetiap perjalanan, bergandingan bahu, dan saling melindungi dan meghargai antara satu sama lain.

moral:

Aku betul2 terkesan dengan kisah citer pasal teman ni... sampai 2,3 kali aku baca...seharusnya perasaan begitulah harus wujud dalam apa jua relationship.



P/s: nanti badi kentut kawan aku beransur pulih, aku janji akan smbg balik entry yang terhenti sedcara tiba2 tu... chow!