RASA ITU IDAK SELESA

Posted: Monday, October 25, 2010 by soulmate in Labels:

"KEINDAHAN YANG HAKIKI DATANG NYA DARI HATI YANG IKHLAS, BUKAN DARI PANDANGAN SESEORANG"

Rupa gua yang sememangnya buruk, bertambah-tambah buruk bila gua marah dan geram.
Kekawan selalu gak komplain pasal habitat gua ni yang memang cukup susah untuk marah & tak serius dalam banyak perkara... yang gua tahu Gelak! Menangis? Jauh sama sekali, kira cukup bertuah lah sape yang leh tengok gua nangis... Kalau marah pn tak sampai 1 hari, pas gua tido, mimpi best bangun pagi sume tu ilang bersama ilangnya hari semalam (sebelumnya) Tapi;

Gua sangat sangat marah hari ni, Gua hampir hampir hilang kewarasan, rasa geram yang teramat sangat.
kerna gua ini manusia, faham tak, Gua m.a.n.u.s.i.a yang biasa, yang normal, ada rasa marah, rasa geram. Oleh yang demikian juga, kesabaran gua ada hadnya.

Bila mana Gua rasa tidak mampu menahan geram, Gua beredar dari kawasan yang mengundang kemarahan Gua itu, menjauhi kawasan yang adanya orang orang yang buat Gua marah dan buat hati Gua sakit.

Gua sensitif ? Gua cepat terasa? Gua panas baran? katakanlah apa sahaja bai... Bila mana ada manusia manusia yang pentingkan diri sendiri, hati gua cepat sahaja mahu mengelaknya. tapi kenyataannya siapa yang tidak penting kan diri sendiri, Gua sendiri pun pentingkan diri sendiri, tapi agak agaklah, fikirkanlah tentang diri orang lain. kalau orang lain pandai pula kita nak kritik, salah ni lah, tak hormat orang lah, kerek lah, tak faham orang lainlah,seribu sejuta alasan yang boleh kita cari daripada orang lain. tapi kalau kita sendiri buat perangai macam tu, boleh pula tak tahu, boleh pula dengan rasa tidak bersalah masih berlagak-lagak.

Tahniah dan syabas... hari ini lu bukakan mata Gua seluas-luasnya, bahawa manusia ini memang sebegitu, kesalahan orang lain yang sekecil kuman boleh nampak, tapi bangkai gajah yang terlekat di kaki kita sendiri, yang kita usung ke sana ke mari tidak pula kita nampak. oh... Gua kaitkan gajah dan kuman yang tidak berdosa pula dalam amarah Gua ini. Maaf kan Gua!

Tidak perlu Gua ceritakan apa yang berlaku, mungkin Gua selalu pendamkan sahaja rasa marah dan ketidakpuasan hati gua, dan hari ini dia hampir meletup,walau lahar lahar nya sudah membuak keluar. Gua masih waras, kalau Gua hilang kewarasan, Gua tak tahu apa yang buruk akan terjadi.

Gua masih sedar, masih mampu beristifar, Gua dah terlalu kerap berjumpa dengan orang orang yang sombong dengan kebolehan sedikit yang Tuhan bagi, mencanang-canang kebolehan, berlagak dengan sedikit ilmu yang ada. Lu harap gua akan memuji, lu silap, berasa kagum dengan Lu? Lagi lu silap, Gua hanya memandang sinis perlakuan lu yang menjengkilkan itu.Najis!

Gua sedar gua bukannya baik pun, bukan sempurna mana pn, tapi sekurang kurangnya gua tahu had-hadnya. Tahu utk menjaga hati orang walau pun sedikit sebanyak.Ya, mungkin gua tidak punya kebolehan seperti lu untuk gua berlagak-lagak dan menunjuk-nunjuk, siapa tahu kalau gua ada kebolehan pun, mungkin gua akan berlagak juga, siapa tahu kan? (Tapi tak kot...Insya'Allah)

Gua menulis ni di saat gua kembali tenang, kalaulah gua menulis tatkala gua masih marah dan geram, mungkin banyak lagi benda merapu raban yang gua tulis.Silap-silap mencarut (OOoo.. pocot!)

Gua juga sudah naik bosan, dengan keluh kesah lu yang mengatakan lu konon sibuk, lu banyak benda nk diuruskan, lu punya banyak masalah, dan terus terusan mengatakan Gua tidak faham. Oi ! siapa yang hidup dalam dunia ni tidak ada masalah? siapa yang di dunia ini yang tidak sibuk? kerja sampai mati pun tak akan habis, Lu tau tak? Gua sendiri pun lagilah banyak masaalah dan perkara yang nak diselesaikan.Lagi banyak benda nak pikir! kita sama sama fahamlah. ini tidak, bercakap macam lu seorang yang ada masalah, lu seorang yang tahu erti sibuk, lu seorang yang ada kerja? lu sorang je yang betul! yang perfect!

ya Allah, Gua dah cuba sedaya upaya menahan kemarahan gua dari merebak lebih besar. Gua berlawan dengan rasa marah Gua sehingga air mata Gua mengalir laju tidak dapat ditahan-tahan lagi. Maka berderai lah ego AMBO, roboh benteng gua selama ni, hati disakiti oleh insan yang selama ini tak ambo sangka! AMBO benci situasi sebegini.
Ah... macam pondan ah lu! Sikit2 nk nangis...

Entry ini bukan entry dari seorang kekasih buat kekasihnya, pakwe/Makwe? huh... jauh sekali.Tapi luahan hati yang cukup terguris!

Entry ini khas buat mereka mereka yang telah buat gua marah dan geram yang teramat hari ini. walau apapun, Gua telah maafkan segala kesalahan lu, apa apa sajalah, kerana gua malas untuk memikirkan.. PENAT SIOT! masalah gua sendiri pun tidak selesai, beban semakin berat, dan gua anggap semua ini seperti angin semilir yang hua rasa sebentar dan telah berlalu pergi.
terima kasih.

"CAN FORGIVE BUT CANNOT FORGET!" -Maybe itu pengajaran bagi orang yang memandang nilai sebuah 'Kemaafan' begitu murah untuk dituntut..

istighfar...
Fuh... lega skit...