Feeling Down...
->Depressed...
->Lonely...
->Fatigue
->Alone...
->Forsaken...
->Forgetten...
->Sadness...
->Uncertainties...
And...
->Worry...
If I spread my wing..
Will there be a place for me?
"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan apabila ditimpa matapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapan" [41:49]
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat yang suka mengeluh" [70:19]
"Apabila ditimpa kesusahan, dia mengeluh kesah" [70:20]
"Dan apabila ditimpa kebaikan dia menjadi kikir" [70:21]
"Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat" [70:22]
"Dan jangan lah kamu (merasa) lemah,dan (pula) kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya, jika kamu orang beriman" [3:139]
"Dan sesungguhnya kepada Tuhan mu lah kesudahannya (segala sesuatu)" [53:42]
"Dan sesungguhnya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" [53:43]
Sadaqallahhulazim... [Benarlah yang maha besar]
Dakara.. La-Tahzan.
-> Hidup tidak selalunya indah.
-> Bangkit bangun kembali, kutip apa saja yang boleh dijadikan kekuatan.
Orang-orang yang beruntung:
Sentiasa diuji dan redha
Orang-orang yang rugi:
Bangga kerana tidak pernah diuji
Orang-orang yang Kecelakaan:
Diuji lalu berputus asa dan tidak redha
"GIVE UP IS NOT MUSLIM'S PROPERTIES"
Ok, aku bukan nk buat review pasal buku terlaris di timur tengah ni (La Tahzan) Cuma aku nk cakap, pas habis baca buku ni, aku baca aku terkedu! Speechless! Mati kutu! Tapi sikit bersemangat, rasa mcm bangkit dgn minda yang baru. Memang kena dengan emosi aku skrg ni walau pn dah kembali agak stabil. Rasa mcm kena lempang Dush! dush! 2,3 kali pastu tibe2 mcm kita sedar dr mimpi yang panjang. Chew.. wah (Cuba memberikan gambaran jelas)
ok...aku bukan alim sgt walau pn aku dulu budak skolah agama, aku bukan anak ahli ilmuan agama apalagi penceramah bebas yang boleh mentarbiyyah kehidupan seseorang, Aku bukan tiap2 malam spend masa attend usrah.bukan. Jd aku ni… memang tak payah cakap lah,aku adalah aku, Diri aku cuma aku dan Allah yang tau...takat mana amalan aku, paras mana dosa aku, tu semua rahsia Allah yang tersembunyi, dan aku sebagai khalifah hanya perlu muhasabah dari pada keburukkan kepada kebaikan, dan terus menjadi lebih baik, mempertahankan diri dan iman dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup yang sememangnya menguji kekuatan iman, kerana tapak iman itu sendiri hanya diri kita nahkoda yang menentukan hala tuju utk kta meletakkan dimana tempatnya.
Dulu time jadi student tak kire masa jadik budak skolah agame @ IPT, aku kire suka underground, silent follower, tak suka menonjol. Join usrah pn aku slalu sorok2 je. Kekadang member pn tk perasan aku ada dalam majlis ilmu. Tak tau nape. Mak aku cakap aku dari kecik memang mcm tu, main sorang2 pn aku jadik, muhehehe... suka silent je...tak suka org tau apa yg aku buat, x suka menonjol.
Aku suka menilai kehidupan ni dari sudut yang berbeza. Dari pemahaman dan pengertian aku. Tanpa pengaruh dari mana pihak. Jadi sampai skrg aku boleh terima setiap teguran sbb aku pegang kata2 ustaz aku dulu, "Amik apa yang orang tegur tanpa tengok sape yang menegur"
" Jika kamu melihat aku berbuat baik maka ikutlah, dan jika kamu melihat aku berbuat kejahatan maka tegurlah"
Masa skolah dulu aku tertarik dengan kata2 ni tapi aku tak tau ini kata2 para sahabat Rasullulah atau sebaliknya. Ada sape2 tau leh bagi tau aku.
Selagi kita manusia kita akan sentiasa diuji, itu aku sedar, cuma bezanya mcm mana kita menerima ujian tu, tu je kan? Dan mcm mana kita berfikir, sbb fikir itu adalah pelita hati.
Aku terima takdir Aku. Pahit atau manis. Perit atau jerit. Itu laluan utk aku.tak perlu banyak sangat mengeluh dan bersungut.