KESEMPATAN BERTEMU REJAB SEKIAN KALINYA
Posted: Monday, June 14, 2010 by soulmate in Labels: Nota kematianAlhamdulillah... terima kasih Tuhan diatas kesempatan ini, peluang ini, arini 1 Rejab 1431H bersamaan 2010M sudah, betul lah masa tu mcm pedang, tanpa kita sedar dia akan memotong kita. Tak payah aku nk hurai pasal bulan rejab yang sememangnya banyak fadhilatnya utk memperbanyakkan amal ibadah kita dlm bulan ni... dan amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa selain bersedekah dan menambahan amal ibadat, ermmmm...pemurahnya Maha pencipta kepada seluruh hambaNya.
Penghayatan, menghambakan diri pada Tuhan rasanya sangat mengubat hati yang luka, menenang jiwa yang lara, memecahkan kebuntuan saat kesunyian, dan kehadiran rejab sekian kalinya ini, memberi aku peluang dan kesempatan mendekatkan diri sehampir mungkin pada Nya, yang selama ini aku agak menjauh...lagha mungkin... boleh jadi...
Syukur atas kesempatan ini, pertemuan ini dan nafas ini dibulan Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.
Dan aku tak mau setan terus meraikan kemenangan dengan kebodohan aku yang berulang dan diulang...
Tuhan,
aku minta maaf, dan aku pohon keampunan.
diam. pejam mata mencuba untuk pasakkan sesuatu yang selalu goyah.
Tuhan,
aku mohon janganlah kebodohan aku yang sudah sudah itu berulang lagi. cukup cukuplah. Aku tidak mampu untuk mencalar rasa mencarik jiwa.
Tuhan,
aku mohon,
bantu aku...
sangat-sangat...
sungguh2...