Kesayuan menyapa ditangkai hati dikala aku membuat keputusan ini, aku kira ini sebaik2 keputusan yang harus ku ambil. Satu demi satu kelopak bunga kesetian ku gugur, aku biarkan ia ditiup angin kesedaran jauh dari ku. Tiada guna ku simpan jika keharuman nya bisa meracuni perasaan dan fikiran ku. Tiada guna ku puja jika keindahan nya bisa meragut kegembiraan diwajah ku. Buat sekadar waktu aku akui, keharuman bunga mu mampu menyerikan taman hidupku. Namun kebenaran menjadi musuh ku, memukul ku dari belakang, memaksa aku akur dengan kehendaknya, aku tewas...
Pada malam yang hening itu, aku gagah kan hati menuntut hak ku. Aku tidak tahan menahan kepedihan hati diatas sikap dan perilakumu. Kau memperlakukan aku seperti boneka yang boleh kau lempar kemana saja kau suka dan memungut semula bila masa kau memerlukan semula. Dalam kepayahan ku genggam erat helaian kesabaran yang hampir relai. Akuu cuba, tpi aku juga manusia seperti mu, ada hati dan perasaan.
Hari demi hari, satu persatu helaian kesabaran ku berterbangan, dan dari situlah aku nekad menuntu hak ku yakni kebenaran, biar apa pn yang terjadi, aku lebih rela dari berterusan membiarkan kau memperkotak katikkan diri ku.
Masih terngiang-ngiang ditelinganku setiap butir perkataan yang keluar dari bibirmu pada malam yang dingin itu. Pada malam yang sepatutnya aku gunakan utk menentukan cerah gelapnya masa depanku, aku meluahkan ketidaksanggupan aku utk meneruskan perhubungan kita yang aku sendiri masih sangsi akan kewujudan nya hingga kehari ini. Aku tidak sanggup lagi memperhambakan diri pada kasih sayang yang aku anggap lahir dari hati yang tulus dan suci, sedangkan kau memperalatkanya sebagai jalan utk melupakan kesunyianmu.
Dihadapan aku mulutmu manis membicarakan cinta, dibelakan ku kau memperbodohkan ku seolah2 selama ini aku lah yang mengejar. Patutlah selama ini kau cuba menyembunyikan kemesraan kita dari pandangan orang lain, sehingga kau bersikap dingin bila berhadapan dengan ku di tengah riuh rendah bicara teman2. Tergamak kau...
Aku lebih reka jika kau mencampakkan kasih sayang itu kembali padaku daripada berpura-pura menyanyangi ku dan membiarkan aku mempercayai bahawa pengucapan kasih sayang dari mu jua adalah tulus buat ku. Pada mulanya aku tidak mempercayai bahawa selama ini setiap pengucapan mu adalah palsu belaka hinggalah kau mengakui sendiri kebenaran itu setelah aku meluahkan keinginan ku utk keluar dari hidup mu pada malam itu.
Tiada setitis pn airmataku mengalir takkala kau membuat pengakuan yang selama ini sememangnya kau berpura2. Walaupn pengakuan yang keluar dari mulut mu itu, bagaikan sembilu menghiris2 hatiku, mencarik2kan kepercayaan ku pada mu, namun aku lega selega-leganya. Kebenaran utu lah kunci ketenangan hati yang ku cari selama ini.
Teka-teki tentang sikap dan tingkah laku dingin mu selama ini terhadapku tidak lagi menjadi persoalan yang menghantui fikiran ku. Satu persatu aku mengisi kota-kotak kosong yang selama ini amat payah utk ku cantumkan. kau memberikan alasan yang aku kira tidak munasabah utk mempertahankan diri mu. Akal ku kah yang tidak pandai menilai?
Tidak... selama ini aku percaya setiap tindak tanduk mu terhadapku lahir dari hati mu yang tulus... bukan puraan semata. Aku dapat membaca semua itu dari kejernihan matamu dan kelembutan bicaramu. Orang berkata, mata itu jendela hati. Kiranya semua itu hanyalah lakonan semata, kau adalah seorang pelakon yang patut menerima anugerah khas! Tahniah diatas kejayaan mu memperdayakan ku!
Kalau keseronokkan yang dicari demi melenyapkan kesunyian yang meruntum dihatimu, aku bukanlah org nya. Bagi ku pengertian kasih sayang diantara 2 insan mengimbau jauh ertinya. Ia harus bermula dengan kepercayaan dan keihklasan hati. Keinginan utk sama2 berkongsi susah dan senang dlm mengharungi arus kehidupan.
Walaupn sering kali kau mengucapkan kepada ku keinginan mu utk selalu bersama dengan ku, tapi tindak tanduk mu jauh sama sekali menyimpang dari apa yang kau ucapkan. Kalau ada pun gerak geri mu bagai disuruh2.
Pada malam kebenaran itu juga kau ada menyatakan yang kau menyayangi ku. buat sekian kalinya aku terdiam. Diam ku bkn bermakna aku terpaku dengan pengucapan mu, aku pernah mendengar baris ucapan itu keluar dari bibir mu suatu ketika dahulu, tapi kali ini aku tidak pasti apakah maksud sebenar pengucapan mu. Bukan aku hendak mempertikaikan ketulusan pengucapanmu, tapi aku begitu takut utk mempercayainua kerana mengenangkan sikap dingin mu tehadapku begitu ketara. Adakah dia hanya utk menyedapkan hati sekali gus utk mengadilan tindak tandukmu selama ini? Ketahuilah aku sangat ingin utk mempercayai sepenuhnya pengucapan tulus dari mu itu kalau kau berani membuktikan kesunguhannya suatu hari nanti...
Hampir 2 minggu selepas peristiwa itu aku masih mampu tersenyum...seolah-olah ianya tidak memberi kesan yang mendalam dijiwaku. Aku menolak jauh semua itu ke satu sudut dihatiku, terlindung dengan harapan ianya akan lenyap begitu saja. Tp pada suatu subuh yang hening, aku tersentak dari tidurku, bagaikan pesakit yang baru kehabisan ubat pelali, aku jadi tidak menentu. Mau rasanya aku menjerit meluahkan kepedihan hati. Dengan sendirinya bagaikan putaran filem dilayar perak, wajahmu menerpa2 difikiran ku, silih berganti, segala pengucapan mu terngiang2 ditelinga ku.
Saat itu lah buat pertama kalinya selepas malam 2 minggu yang lalu,didalam kegelapan kamar yang ku rasakan makin menghimpitku, airmata ku gugur dengan laju tiada dapat kutahan2 lagi. Robohlah benteng yang ku bina selama ini, berderailah ego ku, perasaan dipermainkan oleh org yang aku sayangi dan percayai bergolak hebat dihatiku. Apakah salah aku hingga kau sanggup bersikap demikian? Bukan simpati yang aku pinta, tapi nilaikanlah kembali tindak tanduk mu terhadapku selama ini, lihat lah kembali jauh kedalam hati, jengkaulah kedalam kegelapan fikiran, tanyalah dirimu, adakah pengakuan mu pada malam itu mengkhianati perasaan dihatimu kerana ketinggian egomu, atau sememangnya kau secara todak langsungnya mahu mempergunakanku utk melenyapkan kesunyianmu? Jawapan nya hanya kau yang tau...
Tiada sekelumit dendam dihati ini atas perbuatan mu apatah lagi membenci mu. Tidak adil rasanya jika kasih sayang yang ku hulurkan hanyalah utk membuahkan perasaan benciku kepada mu. Terlalu payah utk aku menelah apa yang berlaku. Tapi itu lah takdirku, biar pun pahit, aku tak bisa lari.
Hati ini hanyalah satu, buat masa ini aku tidak ingin penuhi ia dengan huluran kasih sayang dari insan lain. Aku terkilan kerana pada malam itu aku tidak dapat mentap wajahmu dan keredupan matamu saat kau mengaku bahawa setiap tuduhan ku terhadapmu adalah benar.
Hanya satu pintaku, kalau benar kau menyayangiku atas dasar keluhuran budimu dan keberanianmu, bersemukalah dengan ku dan berterus terang. Disaat itu ingin ku tatap jauh kedalam matamu, ingin ku lewati jendela hatimu, dan ingin ku fahami isi kandungan kamar hatimu, demi mencari pengertian pengucapan kasih sayangmu. Setelah kesemua itu, barulah aku akan benar2 memaafkanmu sekaligus memaafkan diriku...
-CUACA RINDU ADALAH AKU-