SABTU, BUNTU. KELIRU

Posted: Saturday, March 20, 2010 by soulmate in Labels:

Syukur pagi sebegini aku masih bernafas, diberi peluang membetulkan kesilapan semalam dan hari hari yang berlalu. Hari ini masih ada peluang untuk aku menjadi seorang yang lebih baik dari hari lepas.Sepanjang kehidupan, terasa beberapa hari ini adalah hari-hari yang stabil buat aku, Bukanlah bermakna aku bebas dari masalah. cumanya keadaan lebih stabil dan tersusun. Mulai nampak jalan di hadapan walau samar-samar, ada pelita yang terasa membantu menyuluh jalan.

Walaupun aku sering kali lari dari masalah, jiwa kacau , fikiran buntu, tetapi nyata dan terbukti ENGKAU maha Pemurah lagi Maha Penyayang, KAU bukakan jalan penyelesaian untuk aku, KAU memudahkan segala yang aku rasa terbeban dan susah.Skrg aku kesorangan, ibu aku pergi kenduri.aku tidak ikut.Adik beradik yang lain punyai aktiviti masing.Yang penting aku sediri!

aku menghidupkan kehidupan dengan mentakrifkan keseorangan dan bersendirian itu lebih indah dari keluar dan bersosial, situasi sosial yang aku berasa sial ketika mengalaminya. Kemana nk aku hayunkan langkah dgn gerak geri yang sgt lemah dan lesu selepas 8 jam menghabiskan masa menerima rawatan dihospital?

aku tidak menyalahkan siapa siapa, tidak menyalahkan diri dengan segala yang berlaku dan terjadi kepada diriku.Hidup ini aku rasakan semakin mencabar pemahaman aku terhadap perkataan SABAR dan REDHA, Kadang kala aku terlupa maksud dua perkataan itu.


atau,
aku perlu membelek semula kamus untuk memahamkan hati, jiwa dan diri aku akan dua perkataan itu?

Duduk menghadap komputer, bertemankan secawan milo panas dan biskut jacob kegilaan. Sekarang air milo telah habis, diambil alih oleh kopi 'o' radix yang pekat dan nikmat. Aku penagih kopi yang tegar, simpanan di bilik sekarang ada dua bungkus kopi RAdix yang setiap satunya mengandungi dua puluh paket, haha... so.. jangan bersedih... blog walking jom...