CLUMSY

Posted: Saturday, March 13, 2010 by soulmate in Labels:

Aku tanya kau siapa? Kau tanya aku balik, Kenapa?
Kau kata kau pemurah, Kau banyak memberi,
Sebab tu lah kau nak banyak menerima,
Kau tak berkira bila meminta, Zarah tu kecil
Tapi bila kau memberi zarah tu tetap benda, Kenapa?

Kau mengaku kau matang, rasional, terbuka,
Kena Tegur kau melenting, Kenapa?
Hidup adalah cermin, kau lihat apa yang kau tunjukkan
Kau menerima apa yang kau beri

Kau berikan aku... aku dapat kau
Aku berikan kau, kau dapat aku, Kenapa?
Sebab aku adalah kau, kau adalah aku...
Clumsy?
Entah... aku pun tak paham, sila jangan tanya banyak...

Rentetan Tragedi petang tadi:

Mereka mereka marah, dan ada mereka mereka yang terasa hati.
Tinggal aku terkulat kulat serba salah, tidak tahu apa harus aku lakukan.
Aku berlalu, waktu kerja tamat, start keter, berlalu menuju teratak ayahbonda

Tidur Kepenatan, mimpi arwah Abah, tersedar dari mimpi;
ada air mata setitik dihujung anak mata,
Rindu teramat abah
dan kemudian,
dengan mata yang sembab, bengkak dan masih berair.
aku pergi membasuh baju, menukar cadar, menyapu lantai bilik,
dan aku solat.

aku sudah penat dengan hari hari sebegini.
serba salah kerana membuat orang lain mungkin terasa hati, marah dan berselisih faham.Tapi hati aku juga seketul daging, merasa dan terasa.
aku tidak tahu harus bagaimana,
dan malam ini ,
Terkenang abah yang kini terlalu jauh... jauh sangat, malam ni malam jumaat,doa utk abah pasti...
Abah Rindu ini Tak pernah padam
dan aku terasa hatiku mulai lali dan imun dengan perkataan sabar dan tabah.